Berjimat! Beli Minuman Ringan Di Expo Raya

Pintu Expo Raya di Singapore Expo masih belum dibuka tetapi ramai yang telah mula berkumpul di luar untuk membeli minuman ringan.

Promosi membeli minuman ringan itu menjimatkan pada harga $5.90 bagi satu karton.

Seperti kata Cik Razidah Adeqah:

“Biasanya di luar satu karton minuman $16.90. Itu sebab saya datang ke ekspo ini untuk berjimat sempena Hari Raya.”

Beliau adalah antara pengunjung ke Expo Raya yang datang untuk membeli satu karton atau 12 botol besar 1.25 liter minuman berkabonat pada harga $5.90.

Melalui promosi anjuran Berita Harian-Orange Coach Travel dan Orange Events Media itu, pengunjung mesti membeli senaskhah Berita Harian di gerai B28 di Dewan 4.

Di dalam akhbar ini terdapat kupon pembelian. Kupon ini perlu dicop di kaunter BH bagi membolehkan anda membeli minuman tersebut.

Pelbagai jenama minuman ringan ditawarkan. Bagi satu karton bersaiz 1.5 liter pula, ia dijual pada harga $9.90.

Hanya akhbar yang dibeli di Expo Raya sah untuk promosi ini. Promosi ini akan diteruskan pada hari ini hingga lusa.

Promosi ini dibuka mulai 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Dalam masa yang sama, gerai BH turut menawarkan pakej melanggani akhbar ini.

Jika melanggan akhbar ini, pelanggan akan mendapat baucar $50 pasar raya NTUC FairPrice.

Mereka yang melanggan juga layak melakukan cabutan bertuah yang pasti akan menang.

Anda boleh membawa pulang alat pengecas telefon bijak ‘powerbank’, pemacu pena USB, alat pemasak magic cooker, Samsung Galaxy Tab serta Samsung Google Nexus 10.

 

Source: http://beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *