Aaron Aziz Bidas Erwin Shah Dawson

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah dari Singapura, Aaron Aziz, membidas pelakon baharu senegaranya, Erwin Dawson, 26, berikutan kenyatan beliau mengenai Islam.

Erwin menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau boleh mengamalkan ajaran Islam secara bebas di Malaysia berbanding di negara asalnya.

Tegas Aaron, kenyataan yang dibuat oleh Erwin itu kurang matang dan boleh mendatangkan pelbagai persepsi negatif terhadap umat Islam di Singapura.

“Sebagai seorang yang lebih ‘senior’ saya menasihatkan kepada awak supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

“Kenyataan yang dibuat boleh membuatkan orang ramai lebih menyampah dengan artis Singapura, sekali gus membuatkan orang ramai bergaduh, mencaci dan mengutuk sesama sendiri di laman sosial,” tulis Aaron menerusi status Instagramnya.

Selang beberapa minit kemudian, Erwin pula memuat naik kenyataan balas, yang menganggap cara Aaron menegurnya sebagai kurang sesuai. “Anda lebih ‘senior’ dan seharusnya lebih tahu cara baik untuk menegur saya.

Bukan dengan cara memuat naik di laman sosial yang boleh mendatangkan banyak masalah.

“Namun, jika saya salah, maafkan saya kerana sebagai pendatang baharu. Lebih banyak yang perlu saya belajar,” tulis Erwin.

Erwin atau nama sebenarnya Erwin Shah Dawson mula membina nama di Malaysia menerusi drama bersiri Dunia Generasi Baru dan Bencinta.

Source: www.bharian.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *