Jawatankuasa Bulan Bahasa Ke Geylang Serai

Sambutan Bulan Bahasa akan berlangsung dalam masa dua minggu dan orang ramai diajak untuk meraikannya bersama-sama.

Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi acara tersebut, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan sekumpulan relawan mendekati masyarakat di Pasar Geylang Serai pagi tadi (22 Ogos).

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Zaqy Mohamad, yang juga AP GRC Choa Chu Kang berkata: “Bagi saya, saya berharaplah bahawa masyarakat Melayu akan terus bersama kami untuk menyokong pelbagai program yang akan diadakan dan juga saya rasa apa yang berlainan pada tahun ini ialah kita akan juga melancarkan kempen Bulan Bahasa kita di estet-estet perumahan seperti di Choa Chu Kang, di Jurong, di Tampines dan juga di Nee Soon.”

Buku-buku nota dan maklumat mengenai sambutan Bulan Bahasa juga diedarkan bagi menggalak masyarakat Melayu untuk turut serta dalam acara-acara yang bakal dianjurkan.

Satu lagi acara sebelum pelancaran yang serupa akan diadakan di Kampung Glam pada Jumaat akan datang.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *