Mohamed Fairoz Shariff Dipekenal Antara Empat Wakil Workers’ Party

Parti Pekerja (WP) mendedahkan 4 lagi calon berpotensi bagi pilihan raya umum akan datang.

Muka-muka baru yang diperkenalkan di sidang media hari ini ialah Encik Kenneth Foo Seck Guan, 30-an tahun yang bertugas di sebuah pertubuhan kebajikan sukarela.

Encik Dennis Tan Lip Fong, 45 tahun, rakan kongsi firma guaman perkapalan yang menjadi anggota Parti Pekerja pada 2012.

Encik Gurmit Singh, 55 tahun,  ketua jabatan perundangan di sebuah syarikat hartanah.

Encik Mohamed Fairoz Shariff, 36 tahun, seorang bekas pustakawan bersekutu dengan Lembaga Perpustakaan Negara.

Parti Pekerja mengumumkan ia akan bertanding di semua 28 kerusi – tambahan 5 kerusi berbanding 23 yang ditandingi pada 2011.

Termasuk empat calon yang diperkenalkan hari ini, WP telahpun mendedahkan 16 calon baru sejauh ini.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *