Kumpulan Pertama Jemaah Haji Singapura Selamat Berlepas Ke Jeddah

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura seramai 43 orang berangkat ke Jeddah pada awal pagi tadi.

Kumpulan jemaah haji dari dua GSA, Halijah Travels & Tours Pte Ltd dan Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, menaiki pesawat Singapore Airlines SQ490 pada 1.20 pagi tadi, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Turut mengiringi para jemaah itu ialah Konsul Haji yang juga Ketua Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), Haji Kassim Kamis, serta kakitangan SPAO lain iaitu Konsultan Khidmat Haji, Pegawai Perubatan, Pegawai Kejururawatan dan Penolong Pegawai Jemaah.

Seperti tahun lalu, delegasi seramai 21 orang akan mengiringi sejumlah 680 jemaah haji – kumpulan-kumpulan jemaah haji seterusnya akan berangkat ke Jeddah dari 15 hingga 18 September ini – iaitu tambahan empat pegawai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap MERS.

Delegasi haji Singapura tahun ini dketuai Haji Mohd Tahirrudin Shadat Kadarisman.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *