SPP Ingin Teruskan Kerja Baik Pemimpin Veteran

PASUKAN Parti Rakyat Singapura (SPP) yang akan bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh ingin meneruskan ‘kerja baik’ yang menjadi legasi kepimpinan veteran pembangkang, Encik Chiam See Tong, dalam pilihan raya ini.

Calon yang akan bertanding bagi GRC Bishan-Toa Payoh ialah Encik Benjamin Pwee, 47 tahun; Encik Hamim Aliyas, peniaga, 50 tahun; Encik Law Kim Hwee, 55 tahun, mantan pengurus pemasaran; Encik Abdillah Zamzuri, 31 tahun, seorang pemilik syarikat latihan dan akademi sukan; Encik Bryan Long, 37 tahun, seorang usahatekwan.

Encik Pwee dan Encik Hamim dari Parti Progresif Demokratik (DPP) tetapi meletak jawatan bagi bertanding di bawah SPP.

“Bagi pengundi Bishan-Toa Payoh, saya memperjuangkan Chiam See Tong bagi mempertahankan prinsip konstruktif dan kolaboratif dalam pemerintah bagi masa depan rakyat,” kata Encik Hamim yang bertanding di GRC yang sama bersama Encik Chiam pada pilihan raya 2011.

Dalam ucapan selepas disahkan menjadi calon, Encik Abdillah, seorang calon baru SPP, berteriak secara seloroh:

“Bishan-Toa Payoh Amacam! Saya muda dan saya akan pastikan mereka yang muda akan mempunyai masa hadapan yang baik.”

Dalam pilihan raya 2011, pasukan SPP diketuai Encik Chiam kalah di GRC Bishan-Toa Payoh, dengan undian sebanyak 43.1 peratus.

Pasukan itu dikalahkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng yang memenangi undian sebanyak 56.94 peratus.

 

Source: http://beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *