Damanhuri Abas Soal Keupayaan Pemerintah Untuk Satukan Rakyat

Calon Melayu Parti Demokratik Singapura (SDP) Damanhuri Abas bagi GRC Marsiling- Yew Tee mempersoalkan keupayaan pemerintah untuk menyatupadukan rakyat.

Beliau juga menuduh pemerintah “melontarkan syak wasangka” ke atas masyarakat Melayu, hanya kerana tindakan segelintir tahanan JI.

Berucap di rapat SDP di Stadium Jurong Encik Damanhuri berkata sistem yang ada sekarang tidak mencerminkan ikrar negara yang memperjuangkan “rakyat yang bersatu padu”.

Rakyat Singapura tegas beliau mahukan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan ciri-ciri itu ada pada SDP.

Maka itu, Encik Damanhuri mengajak rakyat beranikan diri menggantikan apa yang beliau sebut sebagai kekurangan yang ada pada sistem sekarang.

“Ia hanya boleh berlaku kalau jika terdapat pembangkang yang ramai, kuat dan berani di parlimen. Selagi tiada suara pembangkang di parlimen betapa kuat kita berteriak di luar, tiada kesan yang akan mengubah keadaan kita,” kata Encik Damanhuri.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *