Aliff Aziz Bertunang Dengan Dayang Nabellah, Ranang Bernikah Tahun Depan

SHAH ALAM: Penyanyi Singapura, Aliff Aziz, 24 tahun, selamat bertunang dengan Dayang Nabellah Awang Astillah, 21 tahun, dalam sebuah majlis di Crystal Hall, Plaza Jelutong, pada Sabtu lalu (12 Dis).

Dayang Nabellah, yang juga dikenali sebagai Bella, merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Aliff Aziz, yang terkenal dengan lagu ‘Sayang Sayang’, berkata beliau dan tunangnya merancang untuk berkahwin dalam tempoh setahun.

Menurut Aliff, beliau mengenali Bella sejak tiga tahun lalu, namun selepas terputus hubungan buat seketika, mereka bertemu semula pada Disember tahun lalu di majlis Anugerah Industri Muzik.

“Insya-Allah sasarnya setahun lepas bertunang, kami akan berkahwin. Tapi andai ada rezeki awal untuk berkahwin, saya tak menolak. Benda baik, tak elok diperlambatkan,” katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia.

Aliff berkata, Bella menerima beliau seadanya. “Dia buat saya selesa dengan dirinya. Dia boleh menerima kehidupan dan kisah silam saya,” ujarnya kepada Berita Harian Malaysia.

Aliff melahirkan rasa syukur majlis pertunangannya berjalan lancar. Beliau memberitahu mStar Online: “Alhamdulillah, walaupun hanya bertunang tapi gemuruh saya hanya Allah yang tahu. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.”

Majlis tersebut dikatakan turut dihadiri penyanyi Aisyah Aziz, Didi Astillah dan rakan artis Aizat Amdan, Indah Ruhaila, Azheal dan Nabilah.

(Gambar-gambar: Facebook/Aliff Aziz)

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *