Staf Sarjan Abdul Hakim, Staf Sarjan Fadli Shaifuddin Dipuji PM Lee Kerana Tolak Rasuah

Dua pegawai polis trafik Melayu dipuji Perdana Menteri Lee Hsien Loong kerana menolak rasuah.

PM Lee memuji Polis Trafik Staf Sarjan Abdul Hakim dan Staf Sarjan Fadli Shaifuddin, di laman Facebooknya hari ini (7 Apr), setelah bertemu mereka dan lagi 43 pegawai awam dan individu di majlis perasmian pameran bergerak CPIB “Declassified Corruption Matters”.

Menurut PM Lee, kedua-dua pegawai itu diberi wang sogok sewaktu sedang menjalankan tugas namun dengan keras menolaknya.

PM Lee menegaskan, sistem Singapura yang bersih dan bebas rasuah tidak boleh diambil mudah.

PM Lee menambah, tugas mengawas sistem, menyiasat kes-kes dan mencari orang-orang yang jujur, telus dan berwibawa di semua peringkat dalam pemerintah memerlukan kerja keras.

PM Lee turut merakamkan penghargaan dan terima kasihnya kepada para pegawai lelaki dan wanita yang mana kejujuran, kewibawaan dan keazaman mereka menjadikan Singapura sebuah negara yang bebas rasuah.

Pameran “Declassified Corruption Matters” itu diadakan di Perpustakaan Negara sehingga 22 Mei.

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *