Dr Zakir Jawab Persoalan Tidak Terjawab

Datuk Kazim Elias gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap kedatangan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik ke negara ini yang secara tidak langsung mengembangkan syiar Islam di negara ini.

“Beliau (Dr Zakir Naik) adalah pakar perbandingan agama, justeru kedatangannya ke negara ini membantu menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya dan tidak terjawab.

“Secara langsung orang bukan Islam berpeluang bertanya soalan yang mungkin kita sendiri tidak mampu menjawabnya,” katanya selepas Program Santai Bersama Ustaz Kazim Elias di Dataran Shah Bandar, malam tadi.

Menurutnya, dia berharap kedatangan Dr Zakir itu dilihat secara positif serta memberi kesan penyebaran syiar Islam di negara ini, tidak sekadar mencari kekurangan.

“Kita mesti melihat impak akan kedatangannya bukan mencari kekurangan beliau yang akhirnya merugikan masyarakat itu sendiri.

“Tiada siapa yang sempurna dan mustahil untuk menyenangkan semua pihak, tidak terkecuali Dr Zakir dan saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, program dianjurkan membabitkan penceramah antarabangsa seperti itu perlu diteruskan kerana memberi kesan positif terhadap penerimaan bukan Islam kepada Islam dan mengukuh perpaduan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

 

Source: MyMetro Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *