Ini Bukan Baju Melayu, Ini Orang Melayu Tak Berbaju

BANGI, Ahad – Menjelang beberapa bulan lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri, rata-rata pereka fesyen sudah mula mengeluarkan rekaan baju raya terbaru untuk digayakan oleh pelanggan pada lebaran nanti.

Terbaru, rekaan baju raya oleh seorang pereka fesyen muda telah menerima kritikan hebat oleh pelayar laman sosial apabila menghasilkan baju Melayu tanpa baju.

 

Tak berbaju 1

Malah, segelintir pengguna media sosial meluahkan perasaan marahnya apabila rekaan baju raya itu dilihat mengubah dan menjejaskan konsep asal pakaian tradisi Melayu.

Menurut pemilik akaun Facebook, Puspa Juwita berkata, revolusi dan kreativiti fesyen bagi pakaian tradisi itu tidak menjadi satu kesalahan tetapi janganlah sehingga merosakkan konsep tradisi pakaian Melayu itu.

“Semakin maju teknologi sesebuah negara, semakin mundur peradaban manusia terutama dari segi pakaian,” kata Jeha Azizah.

“Setakat pakai seluar saja, tak pakai baju boleh dianggap fesyen ke? What’s wrong with humanity nowaday?,” soal Shamsul Akmal.

Sementara itu, Syazleen Suraya melahirkan rasa kecewanya dengan rekaan itu yang dianggap tidak menghormati budaya Melayu dan ketamadunan agama Islam.

“Ini bukan baju Melayu, ini Melayu yang tak berbaju,” sindir AlHafiz Mohd.

“What is wrong with u people? Makin lama makin jadi org tak ada tamadun,” kata Halia Biru.

 

Source: www.ismaweb.net

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *