Sudah Masuk Waktu Solat, Kucing Kejutkan Jemaah Di Masjidil Haram

Siapa sangka, kucing pun tahu apabila waktu solat sudah masuk!

Baru-baru ini, menerusi sebuah rakaman video seekor kucing dilihat seolah-olah mengejutkan seorang jemaah yang sedang lena di pekarangan Masjidil Haram.

Aksi kucing itu dimuat naik ke laman YouTube oleh akhbar ‘Ajel’.

Kucing tersebut sedang bermain-main dengan seekor lagi kucing sebelum ia tiba-tiba berlari ke arah jemaah berkenaan dan mencuit bahagian kepala lelaki itu yang ditutup dengan sehelai kain.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *