Putus Kaki, Tangan Digilis Kereta Api Bagi Pasangan Yang Bercumbu Di Landasan

Sepasang belia yang sedang hangat bercinta maut dilanggar kereta api semasa mereka sedang berasmara.

Dalam insiden yang berlaku di Kecamatan Lubuk Kilangan Kota Padang, Sumatera Barat, pasangan itu dilanggar kereta api yang mengangkut simen pada sebelah pagi semalam (26 Jun).

“Insiden itu berlaku sekitar pukul 5.30 pagi. Jalam masih gelap dan pemandu kereta api tidak dapat melihat ada orang di landasan maka terus memandu laju setelah melanggar mereka,” kata seorang saksi, Masril, seperti yang ditukil Antara.

Kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital.

Akibat pelanggaran itu mangsa lelaki, berusia 17 tahun, putus sebelah kaki sementara mangsa wanita pula, berusia 16 tahun, putus sebelah tangannya.

Menurut Masril, sejak tiga hari lalu, beliau sudahpun mengingatkan pasangan kekasih berkenaan supaya tidak berdua-duaan sedemikian dalam bulan Ramadan, lebih-lebih lagi mereka sering bertemu pada waktu subuh.

“Saya sudah mengingatkan mereka namun tidak diendahkan sehingga mereka ditimpa kemalangan seperti ini,” ujar Masril.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *