Pelawak Veteran Malaysia, Pie, Meninggal Dunia

Pelawak veteran Malaysia, Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar meninggal dunia akibat sakit tua malam tadi (11 Ogos) pada usia 85 tahun.

Menurut laman mStar Online, Allahyarham Pie, yang terkenal dengan filem komedi seperti Mami Jarum dan Nana Tanjung, menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar 9.00 malam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat esok, lapor laman itu.

Allahyarham Pie sebelum ini pernah dikatakan sudah meninggal dunia dan berita palsu itu tersebar luas secara online, namun beliau kemudian meminta agar penyebaran berita itu dihentikan.

Anak Allahyarham, Subariah Shafiee, 53 tahun, memberitahu mStar Online bahawa kesihatan bapanya kian merosot sejak seminggu lalu.

Filem-filem komedi lain yang menaikkan nama Allahyarham termasuklah Anak Mami Kembali, Cinta Rosevilla dan Bas Konduktor.

Allahyarham pernah juga menghasilkan album bersama rakannya, Allahyarham Maidin dan M. Sharif.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *