Nadiah M Din Sah Bergelar Isteri Kepada Bilal Jeanpierre

Pelakon dan pengacara popular tempatan, Nadiah M Din sah bergelar isteri, hari ini (14 Ogos).

Majlis akad nikah tertutup Nadiah dan Guillaume Jeanpierre, atau nama Muslimnya, Bilal, berlangsung sekitar 5.50 petang tadi di The Colonial @ Scotts.

Dengan sekali lafaz, Bilal, jejaka asal Perancis, secara rasmi menjadi suami Nadiah. Majlis persandingan mereka pula akan diadakan pada Disember nanti.

Nadiah pertama kali bertemu suaminya itu di satu majlis “housewarming” anjuran seorang teman beliau.

Bilal memeluk agama Islam pada 24 Oktober 2015 di Darul Arqam di Onan Road. Beliau menyuarakan hasrat untuk memeluk agama Islam hanya setelah 6 bulan mereka bersama sebagai sepasang kekasih.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *