Lelaki Tinggalkan Isteri Dan Kahwin Ibu Mertuanya Kini Menyesal, Mahu Cerai

Cinta itu tidak mengenal usia, namun cinta juga buta dan boleh membawa kepada penyesalan buat selama-lamanya.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di India yang sanggup meninggalkan isterinya gara-gara mabuk cinta dengan ibu mertuanya sendiri, hingga akhirnya mengahwini wanita yang 20 tahun lebih tua daripadanya itu.

Namun kini, Suraj Mahto, 22 tahun, yang menjadi tajuk berita setelah mengahwini Asha Devi, 42 tahun, menyesal dan sudah memfailkan perceraian, menurut laman Daily Mail.

Semuanya bermula apabila Cik Devi tinggal bersama anak perempuannya, Cik Lalita dan suami Cik Lalita ketika itu, Encik Mahto, di kampung Puraini di wilayah Bihari tahun lalu.

TERJEBAK CINTA TERLARANG APABILA JAGA MENANTU YANG SAKIT

Daily Mail melaporkan, wanita itu menjaga Encik Mahto ketika beliau sakit, hinggalah mereka berdua terjebak menjalin percintaan terlarang.

Setelah wanita itu pulang ke rumahnya, Encik Mahto kerap menghubunginya dan mereka berbual berjam-jam, malah beliau juga mengunjungi wanita yang juga ibu mertuanya ketika itu di rumah.

Namun, percintaan terlarang mereka itu terbongkar juga – Lalita mendapat tahu tentang hubungan sulit suami dan ibunya itu. Beliau meminta ibunya menjauhi diri daripada Encik Mahto namun wanita itu enggan melakukannya.

Bapa Lalita dan suami Cik Devi, yang bekerja di sebuah kilang di Delhi, juga tidak mampu menghentikan hubungan asmara mereka berdua itu, lapor Daily Mail.

“SAYA SUDAH TIDAK LAGI ANGGAPNYA SEBAGAI SUAMI, TAPI MENANTU”

Akhirnya, Cik Devi dan Encik Mahto kahwin lari pada 1 Jun lalu. Malangnya, dua bulan kemudian, pasangan itu menyedari mereka sudah melakukan kesilapan.

Encik Mahto, seperti ditukil Gulf News berkata beliau sudah menyedari kesilapannya dan kini tidak lagi menganggap Cik Devi sebagai isterinya, tetapi sebagai ibunya.

Beliau berkata akan memujuk Cik Lalita kembali ke pangkuannya – mereka juga mempunyai seorang anak lelaki.

Cik Devi pula berkata kepada Gulf News: “Saya tidak lagi anggapnya sebagai suami, tetapi anak menantu. Kami sudah failkan perceraian di mahkamah dan saya mahu pulang ke suami saya secepat mungkin.”

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *