Kajian: Bayi Dengan Saiz Kepala Lebih Besar Mungkin Lebih Berjaya Di Masa Akan Datang

Bayi yang dilahirkan dengan saiz kepala yang besar berkemungkinan lebih bijak dan akan mempunyai masa depan yang berjaya.

Demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh Biobank Britain, yang menyatakan ada kaitan kukuh antara tahap kebijaksanaan yang tinggi dengan ukuran keliling kepala dan saiz otak yang besar, lapor laman Daily Mail.

Sekitar sejuta rakyat Britain dipantau oleh badan tersebut bagi mencari kaitan antara gen, kesihatan fizikal dan mental dengan laluan kehidupan mereka.

Bukti terbaru ini merupakan dapatan pertama hasil daripada kajian yang bertujuan untuk memahami hubungan antara fungsi otak dengan DNA, menurut Daily Mail.

Para pengkaji menyatakan menerusi jurnal Molecular Psychiatry: “Kaitan penting dilihat antara markah ujian sampel kognitif di Biobank Britain dengan banyak markah profil poligenik, termasuk saiz tempurung otak, ukuran keliling kepala bayi dan keupayaan kognitif semasa kanak-kanak.”

Profesor Ian Deary dari University Edinburg, yang memimpin kajian tersebut berkata kelainan gen juga mempunyai kaitan kuat dengan kebijaksanaan, menurut laman The Times seperti yang ditukil Daily Mail.

Bukti terbaru ini begitu tepat sehingga pakar-pakar mendakwa ia boleh meramalkan kemungkinan bayi menyambung pelajaran di universiti di masa akan datang berdasarkan DNA.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *