Projek Pembangunan Di Madinah Ditangguhkan 3 Tahun Lagi

Projek pembangunan bernilai 50 bilion Riyal Saudi (S$18 bilion) di kota Madinah, yang dijangka dimulakan tahun ini, kemungkinan besar ditangguhkan sehingga tiga tahun lagi.

Menurut para pengendali hotel di sekeliling Masjidil Nabawi, mereka dimaklumkan hal itu, baru-baru ini.

Mereka sebelum ini menunggu notis untuk berpindah dari kawasan berkenaan untuk kerana kerja-kerja pembangunan tersebut.

Pada awal tahun lalu, pihak berkuasa Saudi mula merobohkan hotel-hotel seperti Hotel Green Palace yang sederet dengan kubur Baqi’ bagi projek pembangunan kota Madinah dan Masjid Nabawi.

Ini mencetuskan kebimbangan apabila hotel-hotel berdekatan Masjid Nabawi berkurangan, harga hotel yang masih ada tentu naik.

Tetapi kini ada berita baik. Pihak hotel dimaklumkan bahawa notis roboh pihak berkuasa Saudi bagi baki hotel-hotel yang belum dirobohkan di Madinah, ditangguhkan mungkin sehingga tiga tahun lagi.

Ini mungkin untuk mengelakkan kekurangan bilik hotel yang dekat dengan Masjidil Nabawi dan rombakan dasar kerajaan Saudi.

Kawasan selatan Masjidil Nabawi kini sudahpun ada hotel-hotel lima bintang yang akan dapat menggantikan hotel-hotel biasa yang menjadi pilihan para jemaah umrah dan haji Singapura selama ini.

Tetapi sama ada jumlah hotel di bahagian selatan Masjidil Nabawi itu mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah, masih menjadi tanda tanya.

Hanya selepas robohnya kesemua 26 hotel di kawasan utara Masjidil Nabawi, barulah perluasan Masjidil Nabawi sendiri dimulakan.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *