Zainuddin Zin Noor Antara Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang

Jumlah rekod – iaitu lebih 2,500 kakitangan sektor Makanan dan Minuman diiktiraf hari ini (3 Okt) atas khidmat cemerlang mereka yang melebihi jangkaan pelanggan.

Keikhlasan dan kejujuran Zainuddin Zin Noor yang berusia 40 tahun, meninggalkan kesan dalam diri ramai pelanggan.

Zainuddin pernah terjumpa dompet milik pelanggan wanita tua, yang tertinggal di dalam restoran di mana dia bekerja, lalu menyimpankannya sehingga diambil semula pelanggan tersebut.

Zainuddin adalah salah seorang daripada penerima anugerah daripada 72 syarikat yang diiktiraf hari ini (3 Okt) iaitu kenaikan 11 peratus berbanding tahun lalu.

Anugerah disampaikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing yang menggariskan bahawa masih terdapat ruang bagi kakitangan pelajari daripada contoh-contoh positif bagi melakukan lebih baik.

Zainuddin berkata: “Saya rasa anugerah ini dibukakan kepada lebih banyak bidang, dibukakan kepada orang ramai. Jadi, saya rasa mereka akan rasa yang anugerah ini adalah satu anugerah yang baik untuk mereka. Jadi, mereka akan sediakan lagi khidmat yang baik untuk para pelanggan.”

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *