Ratusan Pelajar Dan Guru Maahad Tahfiz Pulau Pinang Dakwa Ditipu Pakej Umrah Syarikat Pelancongan Popular

BUTTERWORTH: Seramai 202 orang termasuk para guru dan pelajar Maahad Tahfiz Ibnu Sina Al Mawaddah di Pulau Pinang, mahu sebuah syarikat pelancongan popular memulangkan semula wang mereka kerana gagal memenuhi pakej umrah yang dijanjikan.

Penasihat pusat pendidikan agama itu Mohd Neezam Mohd Ariffin berkata beliau dan yang lain sudah membayar bagi pakej lawatan ke Mesir dan umrah pada bulan Januari tahun ini tetapi malangnya, sehingga kini syarikat itu gagal memenuhi janjinya malah wang mereka juga lesap.

“Pakej ‘Mahabbah Tour’ ini melibatkan kos sebanyak RM6,600 setiap orang dan mereka sepatutnya menunaikannya pada bulan Januari tahun ini.

“Malangnya, apabila semua bayaran sudah dibuat, kumpulan kami juga sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), alangkah terkejutya apabila kami dimaklumkan tiada tempahan sedemikian dalam sistem dan tiket-tiket kami adalah palsu,” beliau memberitahu sidang media hari ini (19 Nov).

Beliau menambah, menyusuli insiden tersebut imej pusat pendidikan itu tercemar kerana ramai yang menyangka sekolah tersebut menipu memandangkan lawatan tersebut dianjurkan oleh pusat berkenaan.

Encik Mohd Neezam berkata pusat itu sudah membuat aduan polis dan di Biro Aduan Awam serta Kementerian Pelancongan berhubung perkara tersebut dan salah seorang daripada pengarah syarikat berkenaan sudahpun ditangkap polis awal bulan ini.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *