Nur Shaza Izzati, 17 Tahun, Hilang Buat Kali Kedua

Dalam tempoh dua bulan, remaja bernama Nur Shaza Izzati Helfiee, 17 tahun, dilaporkan hilang dua kali.

Polis hari ini (27 Dis) mengeluarkan satu siaran media merayu orang ramai memberikan maklumat tentang Nur Shaza, yang dilaporkan hilang buat kali kedua.

Sebelum ini, Nur Shaza pernah dilaporkan hilang pada 28 Oktober.

Dalam kenyataan terbaru dari pihak polis, Nur Shaza kali terakhir dilihat di 193A Jalan Loyang Besar pada 5 November lalu, menurut kenyataan polis.

Polis ketika dihubungi BERITAMediacorp mengesahkan kedua-dua insiden itu adalah kejadian berasingan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja itu diminta menghubungi talian hotline polis 1800- 255-0000 atau memberikan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *