MUIS Umum Kadar Zakat Fitrah Tahun Ini

MUIS mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini, iaitu $5.10 seorang bagi kadar biasa, dan $7 seorang, bagi mereka yang ingin membayar zakat lebih tinggi.

Pembayaran wang tunai, cek atau NETS boleh dibuat melalui amil di masjid-masjid, badan-badan Melayu/Islam dan MUIS.

Pembayaran menerusi mesin AXS boleh dilakukan mulai esok.

Masyarakat Muslim turut boleh membayar fitrah dengan menggunakan telepol fitrah di talian nombor,1900-112-3510 ( bagi $5.10 seorang) dan talian 1900-112-3700 (bagi $7 seorang).

Tarikh tutup bagi telepol tersebut ialah pada 25 Jun, sebelum 7.00 pagi.

Selain daripada menggunakan telepol fitrah, masyarakat Muslim juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian dan menerusi ATM.

Pembayaran boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan hingga pagi Syawal pertama sebelum solat Aidilfitri.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *