Beriftar Di Koridor Dekat Lif Lobi Bersama Jiran Tetangga Dan Kawan Sekerja

Selama empat tahun berturut-turut, Encik Muhammad Helmi Azman sekeluarga telah memilih satu hari di bulan Ramadan untuk menganjurkan sesi iftar bersama jiran tetangga dan rakan sekerjanya – termasuk yang bukan Muslim – di koridor dekat lobi lif tingkat 14, Blok 591A, Montreal Link di Sembawang.

Antara kawan sekerja Encik Muhammad Helmi yang dijemput beriftar bersama ialah Encik Espenilla Jervie yang berasal dari Filipina, yang amat teruja dengan pengalaman pertamanya beriftar bersama masyarakat Muslim di Singapura. Seorang lagi jiran tetangga Encik Muhammad Helmi yang bukan Muslim, Cik Irene Chung Shiuh Huei, memanfaatkan sesi iftar tersebut untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang Ramadan dan amalan di bulan suci ini.

Seorang lagi jiran Encik Muhammad Helmi, Encik Muhammad Hafiz Mohamed Yusoff, berkata sesi iftar itu memberi peluang bukan sahaja untuk beliau dan isteri mengenali jiran dan kenalan dengan lebih rapat, malah anaknya dapat bermesra dengan anak jiran tetangga.

 

Source: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *