Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat Ke 200 Orang

Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200 orang setakat 8.00 malam semalam (26 Jun) berbanding 149 orang pada sebelah petang. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kolonel (PA) Effendy Ali berkata mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Bukit Tambun, Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri lima kawasan dalam tempoh lima hingga tujuh jam kemudian. Beliau berkata setakat ini cuaca dilaporkan baik dan keadaan banjir masih terkawal.

 

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *