Anak-Anak Kumpul Duit Untuk Tunaikan Hajat Mak Menunaikan Haji

Seorang ibu yang berasal dari Kampung Parit 5, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak, Cik Muslikah Abd Kadir, amat beruntung kerana anak-anak beliau berusaha keras mengumpul wang untuk membolehkannya ke Tanah Suci demi menunaikan ibadah haji. Beliau merupakan antara jemaah Malaysia paling tua melaksanakan ibadah haji tahun ini dan beliau amat bersyukur kerana terpilih sebagai dhuyufurrahman (tetamu Allah) di Tanah Suci.

Cik Muslikah berkata, impiannya yang ditunggu-tunggu selama ini tercapai akhirnya dan beliau telah berlepas ke Tanah Suci bersama anak saudaranya. Sementara itu, Jaimah Selamat, 62 tahun, bersyukur kerana sepanjang menjaga ibu saudaranya itu di sana, beliau mampu melaksanakan ibadahnya sendiri walaupun terpaksa berkerusi roda.

“Saya memang mahu menolaknya sendiri (menggunakan kerusi roda) supaya ibu saudara saya dapat merasai nikmatnya bertawaf di hadapan Kaabah. Tetapi semasa melakukan umrah pertama kali tempoh hari, kami dirempuh jemaah lain. Namun itu tidak melemahkan semangat saya untuk menunaikan tanggungjawab. Jika upah orang lain yang menolak, saya bimbang ibu saudara saya tidak dapat menghayati sepenuhnya melakukan ibadah itu,” katanya, dan menyatakan Cik Muslikah dalam keadaan sihat dan begitu bersemangat untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram.

 

Source: Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *