Non-Muslim Owned Eateries Hiring Tudung Clad Muslimahs

There are many non-Muslim owned eateries in Singapore such as Bengawan Solo, etc., hiring tudung clad Muslimahs. What is the purpose of hiring these Muslimahs if the owner has no intention to apply for a halal certificate?

***

MAKCIK HALAL-CERTIFIED

Walaupun perkara ini berlaku di negara jiran, namun isunya serupa dengan apa yang kita hadapi di Singapura iaitu, untuk menarik pelanggan Muslim, ada sebahagian tempat makan kepunyaan bukan-Muslim meletakkan wanita bertudung sebagai simbol halal, tanpa mendapatkan sijil halal dari MUIS.

Atau ada di antara tempat makan seperti itu melatih wanita-wanita bertudung itu untuk menyatakan yang sijil halal MUIS masih di dalam proses. Dan jawapan rasmi seperti itu berlarutan berbulan-bulan lamanya, melampaui tempoh biasa untuk mendapatkan sijil halal dari MUIS.

Kalaupun betul ianya memakan masa sehingga setahun lebih, itu bermakna adanya MASALAH BESAR di pihak tempat makan berkenaan sehingga MUIS tidak dapat beri sijil halal dalam tempoh yang biasa.

Di Singapura, tempat-tempat makan begini, yang menggunakan wanita bertudung tanpa ada sijil halal yang sah serta betsikap berdolak-dalek, BUKAN MUIS Halal-Certified, tetapi MAKCIK Halal-Certified.

 

Source: Mohd Khair

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *