Commentari: Perlantikan Secara “Paksa” Adalah Langkah Ke Belakang / 10 Sebab Kenapa Orang Terasa Marah Terhadap PE2017

Sebenarnya perlantikan secara “paksa” ini adalah langkah ke belakang (Regressive move) dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku di Singapura. Mungkin Dr Maza tidak tahu perkara ini, khususnya point no 7.

Natijah (Wanita bertudung menjadi presiden) tidak menghalalkan cara.

Jangan mudah terpedaya dengan bentuk, sistem dominan hari ini dalamannya bersopak, maka mereka harus bersungguh-sungguh untuk tutup dengan baju besi hebat yang berkilat.

Memang kalau diperhatikan dalam sejarah yang tidak berapa lama, mereka yang suka melaungkan slogan “Tajdid” ala modenisasi ini biasanya bersifat literalis dalam bab menanggapi sistem yang datang dari barat, sifat yang mereka benci dalam membaca teks agama mereka buat dalam membaca konteks. Sedangkan bukan sahaja teks, konteks juga kadangkala perlu ditakwil.

“Pemilihan secara paksa” ini adalah untuk memastikan tiadanya dissenting voice yang benar-benar substantial daripada Presiden terhadap PAP.

Dari En Mohd Khair :

10 Sebab Kenapa ada orang begitu marah terhadap PE2017

1. Tan Cheng Bock terhalang dari bertanding kerana calon dihadkan hanya kepada orang Melayu

2. Satu-satunya calon Presiden yang Terpilih mempunyai ayah bukan dari keturunan Melayu

3. Kriteria Presiden Terpilih diubah sehingga menyempitkan pilihan bagi calon-calon Melayu yang layak

4. Tiadanya calon Melayu yang benar-benar dianggap Melayu tampil ke depan untuk bertanding. Kedua-dua calon lelaki mohon untuk bertanding datang dari susur galur Marican dan Khan, manakala yang dua lelaki lain adalah dari kaum Cina

5. Definisi siapakah itu orang Melayu oleh pemerintah tidak diterima kerana dianggap sebagai terlalu longgar

6. Siapakah Presiden Terpilih yang pertama? – Ong Teng Cheong atau Wee Kim Wee? Tan Cheng Bock mencabar bahwa Presiden Terpilih pertama bukan Wee Kim Wee, tetapi Ong Teng Cheong. Oleh itu, menurut kata Tan Cheng Bock, pilihanraya Presiden kali ini bukan yang terhad kepada kaum minoriti. Menurut pemerintah, Wee Kim Wee adalah Presiden Terpilih pertama kerana beliau Presiden Singapura yang pertama mempunyai bidang kuasa yang diluaskan oleh perlembagaan yang dipinda.

7. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu melanggar dasar meritokrasi Singapura dan Perlembagaan Negara

8. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu menguatkan lagi tanggapan yang masyarakat Melayu tidak boleh maju ke depan tanpa bantuan pemerintah – pola pemikiran bertongkat atau “crutch mentality”

9. Kenapa Presiden Terpilih boleh dihadkan atau dikhususkan kepada kaum minoriti tetapi tidak pula untuk jawatan Perdana Menteri

10. Kenapa tiada pilihanraya kecil apabila Puan Halimah Yacob mengosongkan kawasan undinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden Terpilih

Beberapa fakta relevan mengenai Kedudukan Presiden Singapura, samada dilantik atau diplih

1. Puan Halimah BUKAN calon Presiden yang pertama kali menang tanpa bertanding. Sebelum ini, Mendiang S R Nathan juga pernah menang tanpa bertanding sebanyak DUA kali, iaitu pada tahun 1999 dan 2005, apabila tiada calon lain yang layak untuk terima Sijil Kelayakan atau Certificcate of Eligibility.

2. Presiden-Presiden berikut dilantik, dan tidak dipilih melalui proses pilihanraya:
2.1 Yusof Ishak, 1965 – 1970
2.2 Benjamin Henry Sheares, 1970 – 1981
2.3 Devan Nair, 1981 – 1985
2.4 Wee Kim Wee, 1985 – 1993

3. Perlembagaan dipinda pada 1991 untuk menjadikan kedudukan Presiden bukan lagi diisi dengan perlantikan, tetapi dipilih melalui proses pilihanraya. Kuasa Presiden juga diluaskan merangkumi kuasa terhadap perbendaharaan negara dan juga perlantikan jawatan-jawatan penting dalam pemerintah. Pindaan ini dilakukan sewaktu tempoh Presiden Wee Kim Wee. Dengan pindaan perlembagaan tersebut, Presiden Wee Kim Wee diberi kuasa seorang Presiden Terpilih. Presiden-Presiden Terpilih selepas itu adalah berikut:
3.1 Ong Teng Cheong, 1993 – 1999
3.2 S R Nathan, 1999 – 2005 – 2011
3.3 Tony Tan, 2011 – 2017

 

Source: Noor Deros

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *