Penggiat Seni Zai Kuning Dipilih Wakili Singapura Di Venice Biennale

Penggiat seni pelbagai disiplin, Zai Kuning serta kurator dan sejarawan seni, June Yap dipilih oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) bagi mewakili Singapura di pameran Venice Biennale, pada tahun depan.

Hasil kerja seni dipanggil “Dapunta Hyang”, nama Maharaja pertama kerajaan Srivijaya yang berkuasa di Asia Tenggara pada kurun ketujuh.

Struktur itu diperbuat daripada rotan dan benang disaluti lilin.

Ia merupakan sebahagian hasil kerja awal Zai dan memberi sedikit gambaran mengenai kerja seni yang bakal dipamerkan di Venice Biennale.

Ruang itulah di mana Zai dan June akan menghabiskan masa enam bulan selanjutnya bagi mempersiapkan kerja seni itu sebelum ia dipindahkan ke Venice.

Berbekalkan lebih 20 tahun penyelidikan tentang budaya, sejarah dan bahasa Melayu di Asia Tenggara, Zai berharap para pengunjung asing akan melihat Singapura dan rantau ini dengan perspektif berbeza.

“Kalau kita cakap Melayu, mereka cakap Malaysia. Tetapi, Melayu lebih lebar, lebih besar daripada itu. Melayu daripada Sumatera, Melayu daripada Filipina, Melayu daripada Thailand, Melayu itu lebih luas daripada apa yang orang tahu tentang dunia Melayu,” kata Zai.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *