Malaysian Radio DJ Johan Donated RM100,000 (S$31,900) To Victims In Syria

Bagi peminat pelawak negara, Johan dan isterinya, Ozlynn Watie dan sering ‘menjenguk’ Instagram pasangan ini, pasti sudah mengetahui rumah mereka selalu dikunjungi teman artis yang datang untuk menjamu selera.

Ekoran sikap pasangan itu yang bermurah hati mendapat reaksi dan komen positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan agar keluarga mereka sentiasa dilimpahkan rezeki dek kerana sikap yang suka menjamu rakan artis lain.

Jadi, tidak mustahillah Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 32, berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria.

Penderitaan dihadapi pelarian dari negara bergolak berkenaan, khususnya kanak-kanak, amat menyentuh hatinya membuatkan beliau menyalurkan sebahagian daripada wang kemenangan RM100,000 (S$31,900) program itu, Oktober lalu, kepada mereka.

“Saya percaya pemberian yang ikhlas juga akan membuatkan rezeki seseorang bertambah.”

“Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya,  beliau akan menggunakan saluran betul supaya sumbangan dihulurkan benar-benar sampai ke tangan pihak memerlukan.

Selain itu, penyampai Era FM ini juga memasang impian untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.

“Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.

“Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah,” katanya.

 

 

Source: AgendaDaily

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *