Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua. Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

  • Mengetahui Masuk Waktu Solat
    • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
    • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
  • Kiblat
    • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
  • Menutup Aurat
  • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
  • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
  • Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
    • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
  • Bersih dari Hadas
    • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
  • Bersih dari Najis
    • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
    • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
  • Berhenti dari berkata-kata
    • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
    • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
  • Meninggal atau melebihkan Rukun
    • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
    • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

 

 

Source: Islam Itu Indah

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *