Anak Melayu Jadi Juruterbang Jet Pejuang RSAF

10531479_10152212333070669_3584411916830091128_o 1016288_10151558861116975_118097167_n

MENCETUS inspirasi bagi belia lain agar terbang tinggi, Kapten Muhammad Azlan Abdul Latiff dan Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman turun padang semalam bagi mengotakan misi mendekati masyarakat.

Kededua juruterbang muda ini adalah antara pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang ‘dikerahkan’ ke pameran kejiranan RSAF45@Heartlands di lelapang Simei (berhampiran stesen MRT).

Kapten Muhammad Azlan, 30 tahun, yang sudah berkhidmat selama lapan tahun di RSAF mengemudi helikopter Super Puma. Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli, 26 tahun, yang bertugas selama tujuh tahun pula adalah juruterbang jet pejuang F-15SG.

Mereka turut memberi taklimat dan bersembang bersama Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman.

Turut hadir adalah Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Jessica Tan dan AP GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng.

Pameran itu menutup tirai siri rondaan RSAF ke kawasan kejiranan bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-45.

Lewat Julai lalu, pameran tersebut dilancarkan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Hab Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Toa Payoh.

Tiga pameran yang menyusul diadakan di kawasan kejiranan Jurong East, Sengkang dan Yishun sepanjang bulan lalu.

Menerusi pameran interaktif itu pengunjung boleh menaiki dan bergambar di dalam Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV), selain mengetahui sejarah dan warisan RSAF sepanjang lebih empat dekad itu.

Keupayaan dan kesediaan operasi RSAF dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan ke luar negara di saat-saat bencana melanda turut dipaparkan.

Dalam pertemuan singkat itu, Dr Mohd Maliki melahirkan rasa bangga seraya memberitahu Kapten Muhammad Azlan dan Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli: “Saya gembira dengan pencapaian anda berdua.

Masyarakat Melayu boleh meraih inspirasi daripada kejayaan dan perjalanan anda.” Pasangan suami isteri, Encik Bakshor Ahaddin, 40 tahun, seorang polis auksilari dan Cik Nurhayati Charwabee, 37 tahun, pegawai khidmat pelanggan turut teruja bergambar dengan Dr Mohd Maliki dan dua juruterbang Melayu itu.

“Sebagai anak Melayu, saya tumpang bangga. Sebelum ini, kami cuma tahu seorang juruterbang Melayu, Encik Zakir Abdul Hamid. Nampaknya semakin bertambah juruterbang Melayu yang boleh dijadikan teladan,” kata Encik Bakshor.

Cik Nurhayati pula senang meninjau di balik tabir operasi RSAF yang tidak diketahui sebelum ini. “Kami boleh cuba simulator penerbangan dan bergambar dengan pelbagai kenderaan udara.

Tidak perlu lagi menanti rumah terbuka RSAF kerana ia datang dekat ke kawasan kejiranan,” ujar penduduk Tampines itu.

Sumber: http://beritaharian.sg/setempat/juruterbang-jet-pejuang-rsaf-mendarat-di-simei#sthash.Jozvr6Pt.dpuf

letters R1C

YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

WEBSITE: rilek1corner.com

EMAIL: [email protected]

FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *