Penghinaan terhadap agama Islam dan kitab suci Al-Quran kalam Allah SWT sudah sampai ke kemuncaknya. Semalam, di Masjid Limbongan, Terengganu kira-kira pukul 1 pagi tadi, perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan dan mereka yang bertanggungjawab mesti dicari dan dihukum.
Kejadian berlaku jam 1 pagi tadi. Pintu masjid dipecahkan, Al-Quran diselerakkan dan ada yang dibuang di dalam tandas masjid. Tok Imam yang melihat kejadian itu menangis kerana tidak sampai hati melihat Al-Quran diperlakukan sedemikian rupa. Laporan polis juga telah dibuat oleh Adun Kota Putera, YB Mohd Mahdi Musa sebentar tadi.
Satu tindakan dan siasatan segera perlu dilakukan demi menjaga maruah dan kesucian Rumah Allah dan Al-quran.
Insiden tersebut sudah pun dilaporkan kepada polis.










