Category: Agama

  • Kalau Ibu Meninggal Dunia Apa Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib. Anak Lelaki Wajib Ambik Tahu!!!

    Kalau Ibu Meninggal Dunia Apa Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib. Anak Lelaki Wajib Ambik Tahu!!!

    Kalau ibu ditakdirkan meningggal dunia di tengah malam, buat langkah ini dulu untuk menjaga aib ibu kita, sebelum panggil orang kampung datang urus mayat. Jangan biar satu kampung tahu aib ibu kita hanya sebab kita malas nak membaca ilmu ini!!ย ๐Ÿ˜”
    1. Jangan cemas
    2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. (kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)
    3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
    4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
    5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.
    6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
    7. Tangan diikat dengan perca kain.
    8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
    9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
    10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
    11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
    12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
    13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
    14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
    Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
    Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
    Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
    Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.
    Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.
    Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
    โ€œBarang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga.โ€
    (HR. Hakim dan Baihaqi)
  • Muslim Wedding At A “No Pork, No Lard” Eatery – Should You Attend Or Not?

    Muslim Wedding At A “No Pork, No Lard” Eatery – Should You Attend Or Not?

    Member of public is concerned over attending a wedding of a Muslim couple done at an eatery without MUIS halal certification nor was it 100% Muslim-owned.

    She attended the wedding in good faith at an eatery in a hotel. However, her sixth sense made her ask the staff there on the halal status of the place.

    She asked the staff there and to her horror, the eatery was not certified halal by MUIS and instead the status was simply “No Pork, No Lard”.

    The staff concerned also said that all the food ingredients used had individual halal certification. However, when asked to produce the supporting documents for the claim, the staff concerned was not able to do so.

    This posting is not meant to highlight an eatery that is not MUIS halal certified. Such eateries are not our concern actually.

    The concern is NOT on the eatery.

    The concern, as expressed by the member, is on the Muslim family that organised a wedding with invitees who were mainly Muslims at an eatery without MUIS halal certification nor was the eatery owned by Muslims.

    The concern can be summed up as follows:

    (a) Muslim invitees to Muslim weddings should not be subjected to eating foods served at such eateries that had no MUIS halal certification or not owned by Muslims.

    (b) Muslim families organising weddings at restaurants or hotels should be more discerning about the halal status of those makan places.

    (c) Muslim Invitees to Muslim weddings should be made to feel safe attending such weddings, without having the need to check on the halal status of the eateries themselves. Muslim families organising their weddings should ensure that the eateries concerned are at either certified halal by MUIS or Muslim-owned.

  • Commentary: Terjumpa Lelaki Melayu Jual Arak Di KLIA…

    Commentary: Terjumpa Lelaki Melayu Jual Arak Di KLIA…

    TERJUMPA LELAKI MELAYU JUAL ARAK

    Seminggu lepas ketika saya di KLIA untuk bermusafir ke luar negara, saya ada berbual dengan seorang pemuda yang menjadi juru jual arak di situ. Saya melihat beliau bekerja sebagai cashier di salah sebuah kiosk arak. Beliau seorang pemuda melayu yang beragama Islam.

    Saya menghampirinya di tempat jualannya itu. Saya memberikan salam. Beliau melemparkan senyuman dan menjawab salam saya. Beliau kenal saya. Beliau tersenyum seakan malu. Mungkin ada yang melintas kehairanan โ€˜kenapa Mufti Perlis pergi kiosk arak pulakโ€™. Saya tidak kisah itu semua, ingin berbual dengan anak muda itu yang pada wajahnya terlihat seorang yang baik.

    DAKWAH DR MAZA

    Saya berkata: โ€œApa khabar? Nama apa? Orang mana?โ€ Dia jawab semua soalan saya. Saya meneruskan lagi: โ€œBolehkah saya cakap sesuatu?โ€. โ€œSilakan Drโ€, jawab beliau. Saya berkata: โ€œSebelum itu boleh saya tahu, apakah saudara terlibat secara langsung dengan urusan jual-beli arak di sini?โ€. Dia menjawab: โ€œYa Drโ€.

    Saya berbicara dengan baik kepadanya dengan berkata: โ€œSaya rasa saudara pun tahu, sebagai seorang muslim kita tidak boleh terlibat dengan jual-beli arak. Ia satu dosa yang besar. Kalau boleh, saya ingin mencadangkan saudara berusaha mendapatkan pekerja lain yang sesuai sebagai seorang muslim. Saya doakan Allah berikan pekerjaan yang lebih baik. Jika kurang gaji sedikit pun tidak mengapa asalkan halal. Saya lihat saudara seorang yang baikโ€.

    CABARAN HIDUP LELAKI ITU

    Dia menjawab: โ€œDr, saya tahu kerja ini tidak betul. Saya memang berusaha untuk mendapatkan kerja lain. Hati saya memang tidak senang buat kerja ini. Saya bekerja untuk membantu keluarga. In sha Allah, saya akan cari kerja lain yang lebih baikโ€.

    Saya lihat beliau, perasaan saya simpati dan sayu. Pada wajahnya ada kehendak ingin mematuhi ajaran agama tetapi dia mungkin berada dalam cabaran kehidupan. Allah lebih mengetahui hakikat dirinya dibandingkan saya.

    Saya kata kepadanya: โ€œSaya doakan saudara mendapat pekerjaan yang baik nanti. Semoga Allah akan ganti yang lebih baikโ€. Saya tersenyum dan bersalam dengan beliau.

    Suatu hakikat yang wajar kita fahami bahawa setiap hamba Tuhan itu mempunyai cabaran kehidupan yang tersendiri. Kadang-kala kita mungkin menganggap mudah kerana kita tidak berada di tempatnya.

    SAMPAIKAN DAKWAH DENGAN HIKMAH

    Mungkin hari ini dia demikian, besok keadaan berubah jauh lebih baik dari kita. Tugasan orang yang menyampaikan ilmu dan berdakwah ialah memberitahu dosa dan pahala yang dinyatakan oleh Allah dan RasulNYA.

    Bukan tugasan kita menentukan siapa ke neraka dan siapa pula ke syurga. Penentuan siapakah ke neraka dan ke syurga merupakan hak milik mutlak Tuhan yang tidak boleh kita campuri.

    Ini kerana, kita hanya mengetahui yang zahir, itu pun terhad. Sementara Allah maha mengetahui yang zahir dan batin. Kita hanya mengetahui apa yang kita lihat dan dengar, Allah mengetahui segala-galanya.

    KISAH PELACUR MASUK SYURGA

    Sebab itu ada hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya yang menceritakan bagaimana Allah mengampuni pelacur yang memberikan minum kepada anjing yang kehausan. Hanya Allah mengetahui hakikat nilai setiap hambaNYA.

    Golongan agama itu sendiri kadang-kala terlupa hakikat ini. Dalam lingkungan kelompok tertentu mungkin cabaran berbeza dibandingkan lingkungan orang lain. Allah memberikan pahala amalan dan pahala menghindari dosa itu dengan kadar cabaran yang dihadapi oleh hamba berkenaan.

    Amalan dan usaha yang sedikit pada mata manusia mungkin pahala jauh lebih banyak pahala disebabkan keadaan yang seseorang hadapi.

    Juga kita wajib insaf bahawa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut.

    KISAH SAHABAT NABI SAW YANG KANTOI MINUM ARAK

    Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka.

    Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini:

    ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ูƒูŽุงู†ูŽ ุงุณู’ู…ูู‡ู ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูู„ูŽู‚ู‘ูŽุจู ุญูู…ูŽุงุฑู‹ุง ุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุถู’ุญููƒู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽู„ูŽุฏูŽู‡ู ููู‰ ุงู„ุดู‘ูŽุฑูŽุงุจู ุŒ ููŽุฃูุชูู‰ูŽ ุจูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ููŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูู‡ู ููŽุฌูู„ูุฏูŽ ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูŽุง ูŠูุคู’ุชูŽู‰ ุจูู‡ู . ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ยซ ู„ุงูŽ ุชูŽู„ู’ุนูŽู†ููˆู‡ู ุŒ ููŽูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุนูŽู„ูู…ู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู

    โ€œSeorang lelaki bernama โ€˜Abdullah, digelar โ€˜himarโ€™ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: โ€œYa Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkapโ€. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: โ€œJangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNyaโ€. (Riwayat al-Bukhari).

    Walaupun minum arak itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri individu berkaitan.

    Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihan yang ada padanya. Kita lebih wajar bersikap demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

    JANGAN SAMPAI NAFI KEBAIKAN ORANG LAIN

    Kemudian, jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, kita akan tahu kita juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain.

    Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, meโ€™nerakaโ€™kan orang dan pelbagai lagi. Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina.

    Setiap kita wajib berdakwah, nasihat-menasihati, memberitahu tentang dosa dan pahala, membahaskan persoalan ilmiah dan seterusnya. Namun, hakikat kedudukan setiap insan di sisi Allah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Kita memberitahu dosa dan pahala. Dosa membawa ke neraka, sementara pahala membawa ke syurga.

    Perkara yang salah, kita katakan salah. Perkara yang betul kita katakan betul. Namun, siapakah yang lebih banyak pahalanya dibandingkan dosanya sehingga dia ke syurga, ataupun siapakah yang lebih banyak dosanya dibandingkan pahalanya sehingga dia ke neraka, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    PengadilanNYA maha detil lagi maha adil. DIA juga yang berhak menentukan siapakah yang pulang dengan lautan dosa kepadaNYA tetapi mendapat keampunanNYA.

     

     

     

    Source: Dr. Maza

  • Soalan-Soalan Asas Yang Berpotensi Ditanya Oleh Tok Kadi Kepada Bakal Mempelai

    Soalan-Soalan Asas Yang Berpotensi Ditanya Oleh Tok Kadi Kepada Bakal Mempelai

    SOALAN WAJIB DAN SELALU DITANYA UTK AKAD NIKAH, ADA YG TERSELAMAT TP PERSEDIAAN AWAL TU KENA LA, KANG TERKELU PULAK!

    #1: Dua kalimah syahadah beserta maksud.

    #2: Al-fatihah

    #3: Istighfar

    #4: Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh

    #5: Rukun Iman
    Beriman kepada Allah S.W.T
    Beriman kepada Malaikat
    Beriman kepada kitab-kitab suci
    Beriman kepada para Rasul
    Beriman kepada hari akhirat
    Beriman kepada Qada’ dan Qadar

    #6: Rukun Islam

    Mengucapkan dua kalimah syahadah
    Mendirikan solat 5 waktu
    Berpuasa di bulan Ramadhan
    Menunaikan zakat
    Menunaikan haji bagi yang mampu

    #7: Rukun nikah

    Pengantin Lelaki
    Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
    Islam, baligh, berakal
    Tidak berada dalam ihram atau umrah
    Tidak dipaksa kahwin
    Tidak beristeri lebih dari 4 orang

    Pengantin Perempuan
    Islam
    Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
    Bukan isteri kepada seseorang
    Tidak berada dalam iddah

    Akad (Ijab & Qabul)
    Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
    Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
    Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
    Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.

    Wali
    Islam, baligh, berakal
    Merdeka
    Tidak berada dalam ihram atau umrah
    Bukan seorang lelaki yang fasik

    2 orang saksi
    Islam, baligh, berakal
    Merdeka
    Boleh melihat dan mendengar dengan baik
    Tanggungjawab wali bukan ke atasnya

    #8: Lafaz niat mandi hadas

    Kami sertakan 8 soalan yang berpotensi ditanya sahaja tau. Jangan risau-risau okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.

  • Adat Bertandang Tu Penting Dan Termasuk Amalan Menyambung Silaturahim

    Adat Bertandang Tu Penting Dan Termasuk Amalan Menyambung Silaturahim

    “Sibuk betul Yayi tengok Man dengan Imah kemas-kemas nak pergi honeymoon.”

    “Mestilah, Yayi. Berbulan-bulan Man buat planning untuk honeymoon ni, tau.”

    “Ni Yayi nak tanya. Sibuk-sibuk nak honeymoon, dah habis bertandang rumah orang-orang tua?”

    “Alah, Yayi. Man dengan Imah cuti kahwin tak banyak. Habis aja majlis kemarin dah nak pergi honeymoon. Balik nanti selang satu hari dah kena masuk kerja pulak. Macam tak sempatlah, Yayi, nak bertandang-bertandang ni. Lagipun tu kan cuma adat aja.”

    “Eh eh, budak Man ni. Pandai aja cakap ini cuma adat. Kemarin tu masa akad nikah ada bawa tukar-tukar hadiah berdulang-dulang tu, bukan cuma adat? Majlis walimah ada bunga telur untuk tetamu tu, bukan cuma adat? Mak dengan aba Man ada terima duit-duit sampul tu, bukan cuma adat? Naik pelamin tu, bukan cuma adat?”

    “Maaf banyak-banyak, Yayi. Marahlah pulak Yayi ni. Sebab utama pasal sibuklah, Yayi.”

    “Inilah Yayi nak nasihat sikit. Bertandang tu penting. Ada hikmahnya. Adat bertandang ni termasuk amalan menyambung silaturahim, Man. Bila dah kahwin, maknanya Man dah masuk jadi sebahagian keluarga Imah. Saudara-maranya dah sekarang jadi saudara-mara Man. Imah pun macam tu juga. Dengan bertandang, Man dan Imah dapat berkenalan dengan baik saudara-mara masing-masing, terutama yang tua-tua. Bila bertandang, minta doa daripada orang-orang tua. Mudah-mudahan dapat barakah.”

    “Oklah, Yayi sayang. Nanti-nantilah Man cuba atur dengan Imah, ya. Sekarang nak enjoy honeymoon dulu.”

    “Ingat, Man. Sambung dan kukuhkan ikatan silaturahim tu penting. Banyak fadilatnya yang orang-orang muda sekarang tak berapa faham. Ada hadith yang bermaksud: Barangsiapa yang suka dipanjangkan umurnya, diluaskan rezkinya dan dijauhkan daripada kematian yang tidak baik, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahimnya.” (1)

    “MashaAllah, Yayi! Kalau macam itulah kelebihan silaturahim, pengantin-pengantin baru macam Man ni memang nak kena ambil beratlah. Mudah-mudahan dengan itu umur rumahtangga kami berpanjangan, rezki kami murah dan perkahwinan kami tidak berakhir dalam keadaan tidak baik.”

    “Amin.”

     

     

    Source: Fatris Bakaram