Category: Agama

  • Kapal Dalam Misi “Women’s Boat To Gaza” Ditahan Tentera Israel

    Kapal Dalam Misi “Women’s Boat To Gaza” Ditahan Tentera Israel

    KUALA LUMPUR: Tentera Israel menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia, bersama tiga anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dalam misi ‘Women’s Boat To Gaza'(WBG), semalam (5 Okt).

    Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), dalam kenyataan malam semalam (5 Okt), mengesahkan kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia/Singapura).

    Kapal Zaytouna itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod, menurut kenyataan itu.

    Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

    Delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

    Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 September lalu (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

    Justeru, MyCare akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu hari ini (6 Okt).

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Masjid Terapung Baru Di Malaysia Bakal Jadi Ikon Pelancongan Terbaru

    Masjid Terapung Baru Di Malaysia Bakal Jadi Ikon Pelancongan Terbaru

    Kedah bakal mempunyai satu lagi ikon pelancongan dengan wujudnya sebuah Masjid Terapung di daerah itu yang menelan kos RM15 juta (S$5 juta) dan dijangka siap menjelang 2018.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berkata pembinaan masjid di atas tanah berkeluasan 2.19 hektar itu akan turut melengkapkan landskap Yan sebagai daerah pelancongan.

    “Masjid ini dijangka dapat memuatkan 1,021 jemaah pada satu-satu masa dan akan menjadi bangunan ikon serta masjid pertama di negeri ini yang dibina di atas permukaan laut, hanya menggunakan tiang tanpa penambakan laut,” katanya.

    Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak masjid itu hari ini (3 Okt).

    Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah masjid berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar, Ahmad Bashah Md Hanipah.

    “Pembinaan masjid mengambil kira struktur bangunan yang berupaya menahan tekanan ombak, bagaimanapun pada masa hadapan kita akan memikirkan untuk membina tembok lagun untuk mengekalkan air di kawasan bawah masjid khususnya ketika air surut, memandangkan kawasan pantai Yan adalah berlumpur.

    “Kita menerapkan konsep moden namun dalam masa sama mengekalkan ciri-ciri tradisional masjid dan senibina Islam, bahkan masjid juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan turut menyediakan laluan khas untuk OKU, selain anjung tinjau” katanya.

    Ruang solat utama terletak pada jarak kira-kira 40 meter dari darat.

    Source: Berita MediaCorp

  • Mufti Ajak Umat Islam Sebar Rahmah Sesama Insan Dalam Tazkirah Awal Muharram

    Mufti Ajak Umat Islam Sebar Rahmah Sesama Insan Dalam Tazkirah Awal Muharram

    Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram mengajak umat Islam tempatan supaya meneruskan gagasan hijrah Nabi Muhammad dengan menjadi sebuah masyarakat yang menyebarkan rahmah sesama insan.

    Beliau berkata demikian di majlis Sambutan Awal Muharram 1438 Hijrah, di Masjid Al-Istighfar, malam tadi (1 Okt).

    Sejajar dengan tema sambutannya, Masyarakat Berjiwa Rahmah, Dr Fatris berkata peristiwa hijrah itu mengingatkan kita tentang keperluan anjakan paradigma dalam kehidupan insan, penyesuaian kepada perubahan serta mengorak langkah ke arah pembangunan dan kemajuan.

    Turut hadir di acara tersebut ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli serta beberapa pemimpin Melayu/Islam yang lain.

    PERLU KUKUHKAN KEHIDUPAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK

    Dalam tazkirahnya yang disampaikan selepas solat Maghrib, Mufti menekankan bahawa orang-orang Islam yang baik adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.

    Beliau berkata sifat rahmah dapat disebarkan dengan mengukuhkan kehidupan dalam masyarakat majmuk di negara ini dengan sikap saling membantu sesama insan.

    Ini termasuk prihatin terhadap anggota masyarakat lain dan peka akan keperluan kehidupan beragama di sini.

    ETOS HIJRAH AJAK AMALKAN ISLAM DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA

    Dr Fatris menambah bahawa etos penghijrahan mengajak kita supaya terus mengamalkan ajaran Islam dengan mengambil kira konteks sosio-budaya sesuatu tempat.

    Ini bermakna kita perlu mengambil kira keperluan serta realiti kehidupan – sesuatu yang sudah lama diamalkan para ulama bagi mencari huraian kepada kehidupan masyarakat.

    Ia juga sekaligus menyumbang kepada kefahaman Islam dengan lensa yang terbuka dan inklusif, sejajar dengan hakikat bahawa agama Islam itu tidak terhad kepada sesuatu zaman ataupun sepadan geografi.

    Malah, sejarah Islam sendiri menunjukkan sememangnya agama itu boleh bertapak dengan jayanya dalam masyarakat majmuk di mana umatnya merupakan golongan minoriti.

    Dr Fatris juga menekankan peri penting melihat pada konsep Siyasah Al-Syariah daripada teks-teks klasikal menerusi kaca mata hari ini.

    Menurutnya, memahami maksud dan konteks itu penting, bukan sahaja bagi memahami teks agama tetapi juga untuk mengenalpasti maksud dan tujuan sebenar di sebalik pendapat ulama tentang sesuatu perkara.

    Source: Berita MediaCorp

  • Championing LGBT Equality Does Not Necessarily Mean Being Pro-LGBT

    Championing LGBT Equality Does Not Necessarily Mean Being Pro-LGBT

    I refer to the report “Chan Chun Sing urges youth to go beyond relying on good grades for jobs” (Sept 24).

    Offering his personal views on lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) issues, Minister in the Prime Minister’s Office Chan Chun Sing said: ““I’m not going to discriminate … I’m not a sex policeman.”

    When we have a law like Section 377A, however, which criminalises male gay sex but not female gay sex, then it is effectively a “sex policeman” and discriminates against gay males. Mr Chan’s comments seem incongruous with the current situation.

    Also, people supportive of LGBT equality are not “pro-LGBT” per se, not in the way that it would be seen as elevating LGBT people above others nor be seen as morally equivalent to those who are “anti-LGBT”.

    For example, if some people are racist against blacks, and there are laws or social programmes that promote general racial equality, then it would be inaccurate to claim that equality legislation is pro-black.

    Likewise, it is incorrect to portray equality for all, including LGBT people, as being pro-LGBT.

    LGBT activists tend to speak out against bullying of LGBT people and also bullying in general because they tend to see or experience the harm of bullying first-hand and are inclined to try to stop it.

    Let us not confuse this with being pro-LGBT per se. People who speak out against bullying of blacks or racist bullying in general are not generally seen as being pro-such-and-such a race.

    I also see support for things like proper relationship and marriage equality not so much as pro-LGBT but as pro-marriage.

    Decades ago in the United States, some areas outlawed mixed-race marriage, but when that was overturned, it helped to improve the relationships of those couples. And this has a positive knock-on effect on society.

    As a married heterosexual Singaporean, my marriage would not be affected if same-sex marriage were ever allowed. It is not as if mine would suddenly crumble because some other same-sex couple could marry.

    There is no rational basis for claiming harm to marriage where same-sex marriage is allowed.

     

    Source: www.todayonline.com

  • Nazem Suki: Pakar-Pakar Penyelidik Dan Golongan Terorisma Dari Golongan Sama Yang Sesat

    Nazem Suki: Pakar-Pakar Penyelidik Dan Golongan Terorisma Dari Golongan Sama Yang Sesat

    Pakar-pakar penyelidik dalam ideologi terorisma juga adalah golongan yang menyelewang dan sesat.

    Apabila golongan teroris memesong salah guna fatwa dan ajaran ulama muktabar untuk kepentingan ideologi terorisma mereka, golongan pakar selidik terorisma juga memesong salah guna fatwa dan ajaran ulama muktabar yang sama untuk melabel ulama tersebut adalah ‘ibu’ ideologi terorisma.

    Maka secara khusus nya, golongan terorisma dan penyelidik terorisma adalah sama dari golongan yang sesat yang parah.

    Mungkin tidak menjadi melampau sekira pakar selidik terorisma ini akan mengatakan Al Quran dan Sunnah adalah ‘ibu’ ideologi terorisma.

    Yang lebih parah ialah pakar ini dilahirkan seorang Muslim, atau hanya Muslim pada nama.

     

    Source: Mohamed Nazem Suki

deneme bonusu