Category: Agama

  • Nama Pelajar Islam Disalah Eja Jadi ‘Isis’ Di Buku Tahunan Sekolah

    Nama Pelajar Islam Disalah Eja Jadi ‘Isis’ Di Buku Tahunan Sekolah

    Seorang pelajar California tertekan dan terpaksa menanggung malu, setelah gambar beliau sedang bertudung dipaparkan dengan nama “Isis Phillips” dalam buku tahunan sekolah tingginya.

    Demikian menurut sebuah kumpulan penyokong masyarakat Islam semalam (8 Mei).

    Pelajar tahun akhir di Sekolah Tinggi Los Osos di Rancho Cucamonga itu dan ibu bapanya “rasa malu setelah melihat gambar itu di buku tahunan itu, dan mengalami penderitaan emosi dan psikologi,” menurut kenyataan menerusi emel oleh Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

    Pengetua sekolah tersebut sudahpun meminta maaf atas apa yang disifatkannya sebagai “kesilapan pada cetakan”. CAIR menyatakan pasukan guamannya akan bertemu dengan keluarga pelajar itu dan pegawai-pegawai sekolah hari ini, dan meminta agar insiden tersebut disiasat, kata seorang jurucakap kepada Reuters.

    ISIS merupakan salah satu gelaran bagi kumpulan Islamic State atau Negara Islam, kumpulan militan yang sudah merampas kuasa di sebahagian besar Iraq dan Syria, dan mengaku bersalah atas kejadian-kejadian pengeboman di Eropah.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan ISIS sebagai kumpulan pengganas.

    Seorang pelajar yang terlibat dalam penerbitan buku tahunan tersebut berkata pihaknya tersilap mencetakkan nama yang salah itu, dan seorang lagi pelajar bernama Isis Phillips berpindah ke sekolah lain dari sekolah itu awal tahun ini, menurut laporan New York Daily News.

    Gambar tersebut tersebar luas dan dikongsi berkali-kali di lelaman media sosial, termasuk dikongsi pelajar itu sendiri, yang nama sebenarnya ialah Bayan Zehlif, menurut New York Daily News.

    “Saya amat sedih, meluat, hati saya terluka dan saya malu kerana buku tahunan Sekolah Tinggi Los Osos boleh terlepas dari perbuatan ini. Nampaknya nama saya ‘Isis’ dalam buku tahunan ini.

    “Pihak sekolah sudah menghubungi saya dan ada hati beritahu saya mereka tersilap eja. Saya tidak setuju, marilah kita bercakap jujur,” menurut kenyataan yang ditulis pada apa yang kelihatan seperti laman Facebook milik Cik Zehlif.

    Reuters tidak dapat mengesahkan sama ada akaun itu milik pelajar Islam tersebut, dan sama ada ia adalah namanya yang sebenar.

    CAIR enggan memberikan nama pelajar itu. Para pegawai di sekolah tinggi berkenaan pula tidak dapat dihubungi.

    Susan Petrocelli, pengetua sekolah itu, berkata para pegawai akan memperbetulkan “kesilapan pada cetakan” itu. Sekurang-kurangnya 200 buku tahunan sudahpun diagihkan, menurut CAIR.

    “Sekolah Tinggi Los Osos sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkan dan menyiasat kesilapan pada cetakan hang dikesalinya pada buku tahunan itu. Kami dengan ikhlas meminta maaf,” kata Cik Petrocelli dalam kenyataan yang ditulis di Twitter.

    Source: Berita MediaCorp

  • RRG, MUIS Mahu Setiap Asatizah Ikuti Modul Cara Tangkis Fahaman Pelampau

    Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan MUIS bermatlamat mendapatkan setiap asatizah mengikuti modul utama kumpulan itu mengenai cara menangkis fahaman pelampau.

    Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

    Modul itu adalah sebahagian daripada program Pendidikan Profesional Berterusan yang wajib disertai mereka yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah.

    Dr Yaacob menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan dari AP Dr Fatimah Lateef.

    Beliau berkata 80 peratus asatizah sekarang termasuk dalam skim itu.

    Usaha giat sedang dijalankan bagi menggalakkan baki 20 peratus asatizah yang belum berbuat demikian supaya turut serta.

    Menerusi modul itu, RRG berkongsi dengan asatizah tentang pengalamannya membantu bekas para anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah kembali ke pangkal jalan dan ke pangkuan masyarakat.

    Menurut Dr Yaacob, MUIS dan RRG akan terus mengemaskini modul itu bagi memastikan ia kekal relevan.

    Dr Yaacob menambah, MUIS juga akan terus memperkukuh kurikulum madrasah dengan bahan relevan yang dibangunkan RRG.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Bekas Gangster Singapura Kini Berdakawah

    Bekas Gangster Singapura Kini Berdakawah

    Ini adalah Abang Long Fadzil, bekas gengster Singapura…beliau telah memperoleh hidayah dengan memilih jalan dakwah sebagai perjuangannya..

    Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah..

    Lokasi: Forum Mega Pajak Song, Masjid Al jalal Pajak Song, Kepala Batas, P. Pinang

     

    Source: Taiko Tai

  • Walid J. Abdullah: Murali’s Win Illustrates That Sinicization Important Pre-Requisite For Winning

    Walid J. Abdullah: Murali’s Win Illustrates That Sinicization Important Pre-Requisite For Winning

    I have seen opposition supporters trying to put a positive spin on the by-election.

    Honestly, whichever way you look at it, it was quite a disaster (but not an unexpected one) for the SDP and Dr Chee. This was a by-election, not a general election, so there was a greater chance for him. He was up against a minority candidate. And it was an SMC.

    If he could not get more than 40% of the votes considering these factors, honestly, he’d probably find it hard to win in any other contest.

    Perhaps then it is time for Dr Chee Soon Juan to consider stepping down. He can help build the SDP, but maybe, his time with regards to contesting elections should be up.

    Of course, it is easy for me to say all these. I am not the one who has fought my entire life against all odds, just for what i believe in. So i may not feel the need to hold on as much as him.

    As for our friend Ah Mu, congratulations are due. But more than that: scrutiny should also be applied. His attendance record in Parliament, the amount of time he spends in his constituency (visiting homes just during election period is not ‘walking the ground’), the promises he made during hustings: all these should be looked at closely by Bukit Batok residents and Singaporeans in general.

    And a word on race: Ah Mu, it is hard enough for minorities as it is, so when someone who is as successful as you feels a need to be known via a Chinese name, it really does tell the rest of us that perhaps, being sinicized is a prerequisite for success. So please, Ah Mu and future minority candidates, bear this in mind.

    I want to say that elections should henceforth be based on contests of ideas, and not personal attacks, but Singaporeans have shown that personal attacks are rewarded. So my point on this would be moot.

     

    Source: Walid J. Abdullah

  • Pendakwah Singapura Rasul Dahri Dipenjara Di JB, Mengajar Tanpa Tauliah

    Pendakwah Singapura Rasul Dahri Dipenjara Di JB, Mengajar Tanpa Tauliah

    PENDAKWAH bebas dari Singapura, Rasul Dahri, kini dipenjara di Johor Bahru setelah didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di Johor Bahru baru-baru ini.

    Atas kesalahan itu juga, dia turut didenda RM5,000 ($1,690.)

    Jurucakap Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) memberitahu Berita Harian bahawa Mahkamah Syariah Johor telah menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu atas kegagalan Rasul Dahri mendapatkan tauliah dan menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunah Waljamaah.

    Menurut Jainj, setiap pendakwah yang ingin mengajar agama sama ada dari Singapura atau Malaysia sendiri mesti mendapatkan sijil pentauliahan dan patuh dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jainj.

    “Prosedur yang ditetapkan itu perlu diikuti dan pentauliahan penting bagi memastikan pendakwah menyampaikan ceramah atau kuliah selari dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah.

    “Jadi pentauliahan itu penting bagi Jainj mengawal umat Islam daripada menerima ilmu yang salah daripada orang yang tidak jelas ajarannya,” kata jurucakap Jainj.

    Menurutnya, kegiatan Rasul Dahri mengajar agama di Johor telah dikesan sejak 2007 dan beberapa kali Rasul Dahri didapati tidak mendapatkan kebenaran daripada Jainj bagi menyampaikan ajaran agama.

    Jainj telah memperketat ajaran agama di Johor dengan memperkenal pentauliahan bagi semua guru agama.

    Setiap guru agama perlu membuat permohonan pentauliahan bagi memudahkan perjalanan kerja dan kegiatan dakwah mereka dipantau.

    Malah, menurutnya, pendakwah terkenal dari Malaysia sendiri yang sering muncul di kaca televisyen juga perlu mendapatkan pentauliahan sebelum menyampaikan ceramah agama di Johor.

    Jainj juga berkata pihaknya sebelum ini telah membenarkan ramai pendakwah dan guru agama dari Singapura memberi ceramah agama di Johor.

    “Ramai penceramah dari Singapura kami izinkan mengajar, memberi ceramah, malah menjadi imam di masjid di Johor setelah mereka mendapatkan pentauliahan kami.

    “Kami tidak menghalang mana-mana pihak dari Singapura yang selari dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah mengajar di sini selagi mereka mengikut peraturan Jainj.

    “Sebelum memberi pentauliahan, kami akan menemu ramah setiap individu bagi memastikan ajaran mereka tidak memecahbelahkan akidah, pegangan serta kepercayaan umat Islam di negeri Johor,” tambah jurucakap Jainj.

    Ajar agama tanpa tauliah, sebar fahaman bercanggah Ahli Sunah Waljamaah.

     

    Source: www.beritaharian.sg

deneme bonusu