Category: Agama

  • Rosyam Nor: Saya Tak Pandai Mengaji Hingga Usia 45 Tahun

    Rosyam Nor: Saya Tak Pandai Mengaji Hingga Usia 45 Tahun

    Usianya kini sudah 49 tahun dan pengarah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor tidak segan silu menjelaskan bahawa dia tidak pandai mengaji sehinggalah dirinya berusia 45 tahun malah turut menjelaskan bahawa hanya menghafal tiga surah – al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

    “Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.

    “Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” jelasnya yang terkesan setelah pemergian ayahnya.

    Tambahnya, dia turut memasang angan-angan untuk belajar mengaji sehinggalah didatangi seorang lelaki ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2. Mengakui rimas kerana diganggu lelaki tersebut pada mulanya, akhirnya ada sinar baru buat Rosyam.

    “Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa”

    “Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya yang akhirnya belajar mengaji dengan lelaki tersebut.

    “Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” jelasnya. Syukur buat Rosyam, dia akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun.

     

    Source: http://wowberita.org

  • Vivian Lee, Bekas Temanita Alvin Tan, Diarah Bela Diri Di Mahkamah Atas Tuduhan Hina Islam

    Vivian Lee, Bekas Temanita Alvin Tan, Diarah Bela Diri Di Mahkamah Atas Tuduhan Hina Islam

    KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di Kuala Lumpur memerintahkan Vivian Lee, iaitu bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan, supaya membela diri terhadap pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

    Ini setelah dia menerbitkan penerbitan menghasut dalam laman sosial Facebook, tiga tahun lalu.

    Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Vivian Lee atau Lee May Ling, 27 tahun, di akhir kes pendakwaan hari ini (14 Apr).

    Mahkamah menetapkan 10 dan 11 Mei untuk Lee, membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah terhadap pertuduhan tersebut mengikut Akta Hasutan.

    Mengikut pertuduhan, Vivian Lee dan Alvin Tan didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising (‘Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan’ yang mengandungi logo halal.

    Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu melalui laman sosial Facebook pukul 9.00 pagi pada 12 Julai 2013.

    Bagaimanapun, Abdul Rashid melepaskan dan membebaskan Lee daripada pertuduhan menyiarkan gambar lucah di Facebook.

    Ketika ditanya wartawan di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai pertuduhan terhadap Alvin Tan, beliau berkata: “Pada hari ini keputusan hanya terhadap Lee bagaimanapun pendakwaan terhadap Tan masih diteruskan meskipun tanpa kehadirannya di mahkamah”.

    Mereka turut didakwa atas tuduhan menyiarkan gambar lucah dalam laman Facebook yang sama, antara 9.00 malam pada 6 Julai 2013 dan 2.00 pagi pada 7 Julai 2013.

    Pada 6 Mac tahun lalu, pendakwa meneruskan perbicaraan terhadap Lee meskipun tanpa kehadiran Tan, 28 tahun, yang disyaki melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Faisal Manap: Malay Muslim Community Fund Patut Diagih Kepada Masjid-Masjid

    Faisal Manap: Malay Muslim Community Fund Patut Diagih Kepada Masjid-Masjid

    Assalamualaikum Wr. Wb.
    May Peace Be Upon You

    My Malay speech for MCCY’s COS debate touching on the allocation of the Malay Muslim Community Fund (MMCDF).

    MMCDF was established in 1991 to support Mendaki’s effort in enhancing the social development of the Malay Muslim Community

    My speech (in Malay):

    ‘Dalam menjawab soalan saya didewan ini, sama ada pengunaan MMCDF boleh dilanjutkan kepada institusi masjid, Menteri berkata, ini tidak dapat dilakukan kerana masjid tidak dianggap sebagai sebuah badan Melayu-Islam. Namun beliau menambah bahawa Masjid boleh meraih dari dana ini jika program-program sosial mereka dijalankan dengan kerjasama badan-badan pemerintah atau organisasi Melayu Islam yang lain.

    Saya amat kagum dengan usaha kerjasama masyarakat Islam Singapura dalam pentadbiran masjid. Lembaga Pentabdiran dan warga-kerja sesebuah masjid berusaha bertungkus-lumus dalam mentadbirkan masjid manakala masyarakat Islam pula memainkan peranan kearah kestabilan masjid melalui sumbangan kewangan dan tenaga. Seperti yang diketahui, pihak masjid amat mengalu-alukan setiap sumbangan masyarakat dalam segala jenis bentuk terutamanya sumbangan kewangan. Ini adalah kerana, apa yang saya fahami, segala perbelanjaan dalam pengurusan masjid seperti perbelanjaan utiliti, pembayaran gaji bulanan dan yang lain-lain dibiayai menerusi wang sumbangan masyarakat.

    Inilah Semangat Muafakat atau Kerjasama yang terlahir atas niat dan usaha yang ikhlas demi mencapai objektif bersama iaitu memajukan masjid di Singapura. Kestabilan institusi masjid yang dibina atas Semangat Muafakat atau Kerjasama ini akan menjadikan masjid antara penyumbang yang penting dan utama bukan hanya sahaja dalam pembentukan spiritual tetapi juga pembentukkan sosial masyarakat Islam kita.

    Salah sebuah tema pada Belanjawan ini adalah Semangat Kerjasama. Atas Nilai Semangat Kerjasama ini, saya ingin menyarankan agar Menteri dan pihak pemerintah dapat mempertimbangkan usulan agar penggunaan dana ini dapat dilanjutkan kepada masjid agar MMCDF ini dapat mendatangkan lebih manfaat terhadap pembangunan masyarakat Melayu Islam Singapura. Ini juga memperkuatkan lagi Semangat Kerjasama antara pemerintah dan badan-badan Melayu Islam.

    Saya ada 2 soalan bagi Menteri, (1) Bolehkah Menteri terangkan apakah kriteria yang diambil kira dalam mengkategorikan sesebuah institui atau badan sebagai sebuah Badan Melayu Islam (MMO) dan (2) siapakah atau pihak manakah yang menentukan kriteria yang digunakan ini.’

     

    Source: Muhamad Faisal Abdul Manap

  • Wearwhite: Homosexual Propaganda Distorts The Truth In Islam

    Wearwhite: Homosexual Propaganda Distorts The Truth In Islam

    – The writer of “Why Does Gay Sex Scare Modern Muslims?” conflates the clear teachings of Islam with the actions of some Muslims. This is what Islamophobes do all the time too.

    – To the author Truth is true only when it conforms to the demands of the context, no matter what the context is.To him if Muslims want to be accepted in Europe, Islam must not reject Homosexuality. This is to say that truth is nothing but the product of the context and is subservient to it. In Islam, what is real (reality) is not necessarily true. It is truth that must be made into reality, not the other way round. We should not confuse what is with what ought.

    – Fundamentalism in the sense that we should return to the fundamentals of Islam is nothing but good.

    – When God said he created this for that purpose, this is what Muslims mean by natural, any kind of action that strayed away from that purpose is considered as an unnatural act, a transgression. Therefore, the very act of consciously turning away from the opposite sex for the same sex to satisfy one’s sexual need – in any way – is explicitly prohibited in The Quran :

    “Of all the creatures in the world, you approach the males? And leave those whom Allah has created for you to be your mates? Nay, you are a people of transgression.” (Quran 26:165-166)

    How explicit than this do you want the Quran to be?

    – The verses quoted above is enough to debunk the “rape theory”.

    – Yes, The Quran does not condemn those men who are not in need of women (24:31), but the Quran also does not say that they are in need of men or sanction homosexuality. This is a clear fallacy of Non Sequitur.

    – The author seems to necessitate sex in a love relationship between men, with his logic all men who love their fellow men passionately must be homosexuals, to stretch this faulty logic further, it will not be wrong to say that when there is love between a father and his daughter the relationship must be incestuous.

    – Linking conservatism with ISIS’ atrocities is a clear example of slippery slope.

    ——-

    We know that such brittle articles will keep on coming, because if your position is weak, you have nothing to strengthen it with but repetition and paraphrasing.

     

    Source: Wearwhite

  • Kepelbagaian, Ekonomi Moden Antara Cabaran Utama Melayu/Islam

    Kepelbagaian, Ekonomi Moden Antara Cabaran Utama Melayu/Islam

    Kepelbagaian dalam kehidupan sosioagama dan keadaan ekonomi yang sering berubah-ubah merupakan dua cabaran utama yang perlu diharungi masyarakat Melayu/Islam di sini pada masa hadapan.

    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) di Parlimen, hari ini (14 Apr).

    Dalam pada itu, Dr Yaacob berkata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan buat pertama kalinya menganjurkan persidangan “Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari”, untuk antara lain, membincangkan proses pengeluaran fatwa yang mengambil kira konteks Singapura.

    Menurut Dr Yaacob, meskipun cabaran-cabaran tersebut amat rumit, beliau yakin masyarakat boleh mengatasinya hasil kegigihan dan kerjasama erat dengan Pemerintah.

    MELAYU/ISLAM MENYUMBANG KEPADA KEHARMONIAN MASYARAKAT

    Menyentuh tentang cabaran pertama, Dr Yaacob berkata masyarakat Melayu/Islam di sini berjaya membuat sumbangan genting kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk Singapura, di samping yakin mengamalkan kehidupan beragama.

    “Pada dasarnya, kehidupan kita banyak berpandukan nilai-nilai seperti kesederhanaan, sikap inklusif dan menghormati perbezaan. Inilah yang dipaparkan oleh golongan perintis terdahulu seperti Presiden Yusof Ishak, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamed, Pak Ridzwan Dzafir serta Ustaz Ibrahim Kassim,” ujar Dr Yaacob.

    Namun, beliau akur, dengan cabaran yang lebih rumit hari ini, “semakin sukar untuk kita mengimbangi kepentingan dan pandangan yang berbeza-beza.”

    Walaubagaimanapun, Dr Yaacob berkata setiap golongan – termasuk ibu bapa, guru, karyawan, pemimpin masyarakat dan agama – perlu memainkan peranan untuk menolak unsur-unsur yang boleh menjejas perpaduan masyarakat.

    MUIS PERTINGKAT USAHA KUKUHKAN KEPIMPINAN AGAMA PROGRESIF

    Oleh itu, MUIS akan mempertingkatkan usaha untuk mengukuhkan kepimpinan agama yang progresif, dengan antara lain, menganjurkan persidangan “Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari”.

    Kata Dr Yaacob, sejak 1968, lebih 500 fatwa dikeluarkan untuk membimbing masyarakat Melayu/Islam Singapura, dan persidangan tersebut bertujuan mengongsi pengalaman MUIS dalam hal berkenaan.

    “Persidangan ini dapat menjadi satu wadah perbincangan dan penyebaran pemikiran progresif lebih-lebih lagi buat masyarakat minoriti Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama,” kata Dr Yaacob.

    PERUBAHAN EKONOMI EKORAN LEDAKAN TEKNOLOGI

    Menyentuh tentang cabaran yang kedua pula, Dr Yaacob berkata antara cabaran yang dibawa bersama ekonomi baru ialah perubahan-perubahan ekoran ledakan teknologi, yang memaksa industri-industri di sini menyusun semula dan berubah.

    “Ini bermakna peningkatan kemahiran yang berterusan menjadi genting, dan ICT pula menjadi pemangkin kemajuan.

    “Anak-anak muda kita mesti sedar tentang hakikat ini. Mereka mesti bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yang semakin menitikberatkan kepakaran serta pengalaman, lebih daripada segulung ijazah,” kata Dr Yaacob.

    Oleh itu, katanya, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) serta badan-badan Melayu/Islam lain perlu mendorong usaha agar lebih ramai pekerja dan syarikat Melayu/Islam dapat membawa nilai tambah dalam bidang masing-masing.

    Yayasan MENDAKI pula akan saling mendekatkan masyarakat Melayu/Islam kepada gerakan SkillsFuture. Ia akan melancarkan beberapa inisiatif baru termasuk “Future Ready Mentoring” untuk membimbing para pelajar menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik dalam pemilihan kerjaya.

    Program CM-Tech@Heartlands yang bakal dilancarkan pula akan dibawa ke kawasan kejiranan untuk merangsang minat anak-anak Melayu/Islam dalam bidang teknologi.

    MELAYU/ISLAM CAPAI BANYAK KEMAJUAN

    Bercakap tentang usaha untuk memperkukuh sokongan terhadap aspek pendidikan, keperluan sosio-agama, pembangunan keluarga serta bantuan bagi golongan kurang bernasib baik di kalangan masyarakat Melayu/Islam seperti yang ditanya beberapa Anggota Parlimen, Dr Yaacob berkata “kita sudah mencapai banyak kemajuan dalam hal ini, dan lebih banyak boleh dicapai pada masa hadapan.”

    Dr Yaacob juga berkata kita boleh bersyukur bahawa selain membina, kita mampu mempertingkatkan institusi-institusi kita demi memenuhi keperluan keagamaan masyarakat kita.

    TAPAK MASJID BARU DI TAMPINES NORTH 

    Atas dasar itu, kadar sumbangan Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) sudah diubah seperti yang diumumkan bulan lalu.

    Dr Yaacob juga mengumumkan bahawa sebuah kawasan sudahpun dikenal pasti sebagai tapak pembinaan masjid di Tampines North.

    24,700 RUANG SOLAT TAMBAHAN

    Menjelang tahun hadapan pula, dua masjid baru – Masjid Maarof dan Masjid Yusof Ishak – akan siap dibina. Kerja-kerja pembangunan semula Masjid Darul Ghufran pula bakal dijalankan tahun ini.

    Selain itu, ruang solat di Masjid Al-Istighfar juga bakal bertambah. Secara keseluruhan, Program Peningkatan Masjid yang bermula sejak 2009, sudah berjaya menghasilkan 24,700 ruang solat tambahan, dan banyak lagi yang bakal diusahakan di bawah program itu, kata Dr Yaacob.

    Memberi perkembangan tentang sektor madrasah pula, Dr Yaacob berkata Madrasah Arabiah akan berpindah ke lokasi baru dengan tempoh pajakan 30 tahun.

    Malah, MUIS turut giat menyokong usaha menerapkan penggunaan teknologi dan infokomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di Madrasah Irsyad Zuhri dan Madrasah Aljunied.

    PUNGUTAN ZAKAT KIAN BERTAMBAH

    Dr Yaacob juga berkata pungutan zakat di kalangan masyarakat Melayu/Islam bertambah saban tahun, iaitu dari $22.7 juta pada 2010, kepada sekitar $35.3 juta (sebelum diaudit) tahun lalu. Setiap tahun, MUIS juga mengagihkan zakat kepada sekitar 5,300 fakir miskin.

    Yayasan MENDAKI juga giat mempertingkat usaha untuk menyalurkan mereka yang memerlukan kepada pusat-pusat khidmat sosial di peringkat nasional. Sepanjang enam tahun lalu, lebih 14,000 individu sudah dibantu.

    MENDAKI AKAN BANTU KELUARGA MANFAATKAN KIDSTART

    MENDAKI akan turut bekerjasama dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) agar keluarga Melayu/Islam yang memerlukan dapat mengambil manfaat daripada inisiatif KidSTART.

    Inisiatif tersebut menyediakan sokongan dalam pelbagai aspek, termasuk kesihatan, pembelajaran dan pembangunan anak-anak berusia bawah 6 tahun.

    “Kita menaruh harapan kepada anak-anak muda kita untuk meneruskan perjuangan ini serta melangkah dengan cekal, berjalan dengan tawakkal dan bertindak dengan akal.

    “Yang nyata, masa depan yang cerah memerlukan usaha jitu daripada setiap anggota masyarakat. Marilah kita berganding bahu dan semarakkan lagi semangat kerjasama antara masyarakat Melayu/Islam dan Pemerintah demi mencipta masa depan yang lebih cerah untuk kita bersama,” ujar Dr Yaacob.

    Source: Berita Mediacorp

deneme bonusu