Category: Hiburan

  • Norish Karman Tidak Akan Bawa Anak Bongsu Jumpa Ayah Kandungnya

    Pastinya sehingga ke hari ini ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan bapa kepada anak bongsu Norish Karman iaitu Haq Lutfie Alexander. Haq Luftfie kini sudah pun berusia 2 tahun dan masih belum pernah bertemu dengan bapanya. Menurut Norish Karman, dia tidak akan membenarkan bapa kepada Haq untuk bertemu dengan anaknya.

    Jangan terkejut pula kerana ketegasan Norish Karman dalam hal ini. Halangan ini kerana keluarga kepada ayah Haq Lutfie sejak awal lagi tidak mahu ada sebarang kaitan dan enggan menerima kehadiran si comel itu. Kata Norish kepada Mstar Online:-

    Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya

    Nasib baiklah Haq Lutfie anak lelaki. Kalau anak perempuan masa nak kahwin nanti kena berjumpa juga. Kalau dah betul si ayah tak mahu ada apa-apa hubungan, tak perlulah kot nak berusaha bawak bertemu. Harap-harap jangan timbulkan kekecohan apabila dewasa kelak sudahlah. Tak gitu?

    Sumber: Mstar, Beautiful Nara

  • Erra Fazira & Engku Emran Sah Bercerai

    erra2

    Akhirnya Erra Fazira diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, sebentar tadi.

    errafazira1

    Mereka bercerai di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain yang kemudian mengesahkan lafaz yang dibuat oleh Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

    Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

    Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi. Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.

    erra3

    Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

    Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan pertama itu mereka tidak mempunyai cahaya mata.

    Sumber: Myartis

  • Chef Wan Sindir Nik Michael Imran Setahun Jagung

    chefwan

    Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya, Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran. Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan beberapa “point” beliau.

    Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri. Sedikit sedutan tulisan Chef Wan untuk tatapan anda:-

    Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.

    Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang.

    But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself.

    Apa pendapat anda mengenai kata-kata Chef Wan? Bagi Abang Nara Chef Wan bukanlah seorang yang cakap sesuka hati namun segala kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang cukup lama di dalam bidang masakan. Namun dunia sekarang ini memang nak cepat sahaja lebih-lebih lagi dengan kewujudan begitu banyak program realiti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk luahan hati penuh Chef Wan.

    keluhanchefwaninstag

    Sumber: BeautifulNara & Chef Wan

  • Sheikh Haikel hires bodyguard after death threat

    SheikhHaikel

    He received a death threat after criticising a contestant on the third season of Malaysian reality TV comedy search Maharaja Lawak Mega (MLM), on which he was a judge.

    This prompted local actor-rapper Sheikh Haikel to engage a bodyguard from Johor Baru last month, reportedly after the 11th week of the competition for whenever he had to travel to the Hall MLM Vision in Jitra, Kedah, for filming.

    The show, which was aired on Malaysian cable TV channel Astro Warna, ended its run a fortnight ago.

    “My wife and I have received a death threat (via social media) from a fanatic fan of one of the contestants of MLM. “And that’s not all. This particular fan has also threatened to run my kids down if we come to Malaysia. I was shocked,” the 38-year-old told Malaysian daily publication Utusan Malaysia late last month.

    He added: “In Singapore, I have a few personal bodyguards. I do this to ensure that my family is safe.

     

    Source: TNP

  • Siti Nurhaliza Tidak Halang Percintaaan Adib Khalid & Ummi Nazeera

    Wow. Ini satu berita menarik untuk dikongsikan. Siti Nurhaliza tidak menghalang anak tirinya, Adib Khalid sekiranya benar-benar bercinta dengan Ummi Nazeera. Kisah percintaan ini timbul apabila Adib dan Ummi dilihat hadir bersama-sama ke konsert amal Siti Nurhaliza “Where The Heart Is’ yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

    Siti_Nurhaliza_-_All_Your_Love_Launching

    Menariknya menurut Siti Nurhaliza, Adib Khalid dan Ummi Nazeera telah berkawan rapat kerana mereka berdua belajar bersama di Australia dulu. Kata Siti kepada Mstar Online:-

    Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri

    ummi-nazeera

    Sebelum ini Adib Khalid pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon baru dari Brunei iaitu Nina Iskandar. Apa pendapat anda? Nampak macam sesuai kan Adib dan Ummi? Kalau bercinta mesti nampak sesuai sangat. Apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan kisah mereka.

    Source: BeautifulNara