Siti Nurhaliza Tidak Halang Percintaaan Adib Khalid & Ummi Nazeera

Wow. Ini satu berita menarik untuk dikongsikan. Siti Nurhaliza tidak menghalang anak tirinya, Adib Khalid sekiranya benar-benar bercinta dengan Ummi Nazeera. Kisah percintaan ini timbul apabila Adib dan Ummi dilihat hadir bersama-sama ke konsert amal Siti Nurhaliza “Where The Heart Is’ yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

Siti_Nurhaliza_-_All_Your_Love_Launching

Menariknya menurut Siti Nurhaliza, Adib Khalid dan Ummi Nazeera telah berkawan rapat kerana mereka berdua belajar bersama di Australia dulu. Kata Siti kepada Mstar Online:-

Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri

ummi-nazeera

Sebelum ini Adib Khalid pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon baru dari Brunei iaitu Nina Iskandar. Apa pendapat anda? Nampak macam sesuai kan Adib dan Ummi? Kalau bercinta mesti nampak sesuai sangat. Apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan kisah mereka.

Source: BeautifulNara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *