Category: Hiburan

  • Wak Doyok, Bekas Isteri Sultan Brunei, Bertunang

    Wak Doyok, Bekas Isteri Sultan Brunei, Bertunang

    KUALA LUMPUR: Bekas isteri Sultan Brunei kini sudah bertunang dengan seorang selebriti media sosial, Wak Doyok.

    Menurut laporan Mingguan Malaysia, majlis pertunangan itu diadakan di kediaman Azrinaz Mazhar Hakim, 37 tahun, di Desa Hartamas dan dihadiri keluarga terdekat, pada 23 Julai.

    “Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” sumber-sumber memberitahu akhbar tersebut.

    Tarikh persandingan pasangan yang sering tampil berdua di Instagram itu bagaimanapun belum didedahkan, lapor laman Malay Mail.

    Sebelum ini, Wak Doyok atau nama sebanarnya Muhammad Azwan Mohd Nor, 36 tahun, mengatakan Azrinaz “sekadar kawan”.

    Pasangan itu juga tidak pernah mengesahkan mereka bercinta meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka menurut Utusan Online.

    Azrinaz yang juga bekas personaliti TV3, bernikah dengan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah pada tahun 2005 dan bercerai lima tahun kemudian, lapor laman Malay Mail.

    Menurut laman Sarawak Voice, Pencarian nama Azrinaz di Google pada 2005 mengalahkan selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.

    Hasil perkahwinannya dengan Sultan Brunei, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 10 tahun, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 8 tahun, lapor Malay Mail Online

    Azrinaz dan Wak Doyok dikatakan mula menjalin hubungan sejak setahun lalu, menurut Utusan Online.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Ahmad Stokin: Kalau Dah Janji Nak Datang Beraya, Jangan Paitau!

    Ahmad Stokin: Kalau Dah Janji Nak Datang Beraya, Jangan Paitau!

    Masih dlm syawal masih lagi kita beraya. Selain majlis raya sana sini masih terdapat juga kunjung mengunjung yg tak habis2.
    Terdongar rintihan sorang kawan kerana beberapa anggota keluarga dan juga kekawan yg dah janji nak dtg beraya, tetiba las menet tak jadi datang. Ambo pon turut merasa bingit.

    Ya tak ya, boleh ambo tanyo sikit, pat mano letak palo hotak korang ni?? Bukan nya org tu yg panggil korang datang rumah dia. Tapi korang yg kasi tau yg korang nak dtg beraya. Doh tu tuan rumah tentunya berusaha susah payah menyiapkan juadah2 lauk pauk untuk korang2 mentakedaghah lah kan. Kalau satu dua org tak pe lah, tapi bayangkan lah yg kata nak datang tu mungkin berbelas org jumlahnya, lalu disiapkan lah makanan untuk sebanyak itu.

    Ehhh aleh2 tiba harinya, mcm tak bersalah lah pulak telepon org tu korang kasi tau tak jadi datang lah, ada hal lah, tak sempat lah, itu lah ini lah, kepala hotak ko LAH!!
    Ok mungkin ada yg marah ambo ckp cenggini, teruskan baco lah.

    Kalau tak boleh datang akibat dari perkara2 yg betul2 tak dapat elak tu, ok tuan rumah pasti akan mengerti, contoh: kemalangan ke, kematian ke, masuk spital ke, dan alasan2 yg sekontener dgn nya.
    TAPI ko kasi alasan apa pon, lopas tu jgn lah apdet satus pat pesbuk ko beraya rumah lain pulok. Pos gambor tulis kepsyen “Best ah filem tadi, worth the ticket price”, Ada yg aplod gambor “enjoying our deghian Kong D24 at lor 24 geylang” huakakakakaka

    So tell me, give me one good reason not to call you Stupid Dumb Ass!!!

    Moral op der setori :- kalau tak mau ini terjadi pd diri sendiri, jangan lakukan pd orang lain.

    p.s. Kesian kak jey, terpaksalah makan lauk sama tiap hari 3-4 hari ni kankankan.

     

    Source: Ahmad Stokin

  • Nak Makan Mee ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’? Mari Ke Bandung

    Nak Makan Mee ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’? Mari Ke Bandung

    INDONESIA: Jika anda melancong ke Bandung, Indonesia dan perut anda sedang ‘berkeroncong’ hebat, mungkin anda perlu mencuba bakso di gerai ini.

    Ini bukan sembarangan bakso.

    Dengan saiznya yang luar biasa, sebesar bola sepak, bakso ini diberi nama ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’.

    Cabarannya adalah untuk menghabiskan sebiji daging bakso itu sendirian.

    Untung nasib badan, anda mungkin akan mendapat hadiah dari pemilik gerai. Menarik bukan?

    “Kalau yang bersaiz besar ini boleh dihabiskan seorang satu, mereka tidak perlu membayarnya. Malah, akan diberikan sebiji bakso lagi untuk dibawa pulang,” pemilik gerai, Laman, memberitahu wartawan stesen TV NET News.

    Laman sudah memulakan perniagaan menjual bakso sejak tahun 1985, namun setahun setengah yang lalu beliau memutuskan untuk cuba menjual ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’, lapor NET News.

    “Bakso yang besar ini asli daging sapi. Tidak ada campuran daging-daging lain,” jelas Laman.

    Dengan harga 150,000 Rupiah (S$15), bakso raksasa itu berjaya mencuri perhatian pelanggan.

    “Bukan hanya tepung semata-mata. Dagingnya memang terasa. Pada awalnya kami ingatkan mahu membeli dua. Tetapi ternyata saiznya lebih besar daripada gambar. Memang Astaghfirullah Aladzim!” kata salah seorang pelanggan, Sandi Taufik dengan gelak ketawa.

    Bagi mereka yang khuatir tidak mampu menghabiskan bakso sebesar itu pula, terdapat juga bakso lebih kecil bersaiz bola tenis, menurut laporan NET News.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Penyeludupan Manusia: Isteri Kedua Adi Putra Antara Yang Ditahan

    Penyeludupan Manusia: Isteri Kedua Adi Putra Antara Yang Ditahan

    Mahligai pelakon Adi Putra yang baru dibina dengan isteri keduanya dipukul badai, selepas berita perkahwinan itu tersebar luas.

    Terbaru, isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly dipercayai adalah antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa (26 Jul).

    Menurut laporan Astro Gempak Nor Shahida ditahan sekitar pukul 4.30 petang di pejabatnya dalam satu operasi khas.

    Penangkapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu adalah bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan manusia, menurut laporan akhbar Berita Harian Malaysia.

    Menurut laporan tersebut lagi, para pegawai imigresen tersebut dipercayai membantu menguruskan dokumen bagi memudahkan kemasukan warga asing ke Malaysia.

    Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama menyeludup manusia ke negara itu dengan bantuan beberapa pegawai lain.

    Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan secara langsung dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang besar menerusi kegiatan haram itu, lapor Berita Harian Malaysia.

    Source: Berita MediaCorp

  • Pokemon Go Didakwa Buat Si Pemain Sering Lupa Solat Maka Diharamkan

    Pokemon Go Didakwa Buat Si Pemain Sering Lupa Solat Maka Diharamkan

    Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahagian Lebak, di wilayah Banten Indonesia mengharamkan Pokemon Go, permainan yang kian mendapat perhatian ramai.

    Langkah tersebut diambil berdasarkan pendapat para ulama secara amnya, bahawa permainan yang tidak bermanfaat hukumnya haram.

    MUI bahagian Lebak menyifatkan Pokemon Go sebagai tidak bermanfaat dan boleh menyebabkan si pemain menjadi lalai terhadap kewajipan bersolat lima waktu serta pekerjaan mereka.

    “Kami meminta MUI pusat segera melakukan kajian juga mengeluarkan fatwa terkait dengan Pokemon Go,” menurut Setiausaha Agung MUI bahagian Lebak, KK Ahmad Hudori, seperti yang ditukil laman Antara.

    Menurut beliau, ajaran Islam mengharamkan permainan yang membazirkan waktu dan juga yang boleh membahayakan diri sendiri.

    Demam Pokemon Go sudah sampai ke Indonesia dan sejauh ini, pemerintah negara itu berasakan masih belum ada keperluan untuk melarang permainan tersebut.

    Namun, permainan itu tidak dibenarkan di tempat-tempat berhampiran pejabat pemerintah dan bangunan-bangunan utama negara itu.

    Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi turut mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan Pokemon Go.

    Menurut para ulama, kartun pokemon menggunakan simbol-simbol seperti “garisan silang menyerupai salib, segi tiga yang melambangkan Freemason dan simbol Shintoisme Jepun, yang berdasarkan kepercayaan terhadap lebih daripada satu Tuhan”.

    Source: Berita MediaCorp