Penyeludupan Manusia: Isteri Kedua Adi Putra Antara Yang Ditahan

Mahligai pelakon Adi Putra yang baru dibina dengan isteri keduanya dipukul badai, selepas berita perkahwinan itu tersebar luas.

Terbaru, isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly dipercayai adalah antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa (26 Jul).

Menurut laporan Astro Gempak Nor Shahida ditahan sekitar pukul 4.30 petang di pejabatnya dalam satu operasi khas.

Penangkapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu adalah bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan manusia, menurut laporan akhbar Berita Harian Malaysia.

Menurut laporan tersebut lagi, para pegawai imigresen tersebut dipercayai membantu menguruskan dokumen bagi memudahkan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama menyeludup manusia ke negara itu dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan secara langsung dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang besar menerusi kegiatan haram itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *