Category: Hiburan

  • Raihan Barbershop Ramadan Offer: Bayar Dengan Ayat Al Quran, Bukan Wang

    Raihan Barbershop Ramadan Offer: Bayar Dengan Ayat Al Quran, Bukan Wang

    MERDEKA.COM: Sebuah kedai gunting rambut di Indonesia hanya meminta ‘bayaran’ berupa mengaji Al-Quran untuk khidmatnya.

    Promosi unik itu ditawarkan kedai gunting rambut Raihan Barbershop, yang terletak di Jalan RTM, Depok di Jawa Barat, sepanjang Ramadan ini.

    Tujuannya ialah, selain untuk menjalankan amal ibadah, pemilik kedai gunting itu juga ingin beramal jariah pada bulan suci ini.

    Namun, promosi tersebut hanya ditawarkan dari 7.00 hingga 9.00 pagi setiap hari. Pemilik Raihan Barbershop, Asep Irawan Hidayat, 42 tahun, mempunyai sebab tersendiri mengapa promosi itu dihadkan pada tempoh tersebut.

    “Membaca Al-Quran pada pagi hari, Insya Allah, dapat memperlancar rezeki dan juga menambah pahala,” kata Encik Asep hari ini (12 Jun).

    Beliau berkata, terpulang kepada pelanggan, ayat-ayat suci Al-Quran yang mana satu mereka ingin bacakan. Bahkan Encik Asep akan tetap menerimanya sebagai ‘bayaran’ sekiranya pelanggan hanya mampu membaca sepotong ayat Al-Quran.

    Beliau juga tidak mahu memaksa pelanggan supaya mengaji Al-Quran, dan yang penting baginya ialah, pelanggan membacanya dengan ikhlas.

    “Ini kan bulan yang baik, jadi saya ingin bersedekah dan mencari pahala juga,” kata Encik Asep.

    Menurut Encik Asep, ia adalah kali pertama beliau menerapkan konsep tersebut di kedai gunting rambutnya.

    Bagaimanapun, beliau menawarkan khidmat gunting rambut secara percuma tanpa bayaran wang atau mengaji Al-Quran kepada para pelajar pesantren Baitul Quran.

    Beliau menyasarkan untuk menawarkan khidmat percuma itu kepada 200 pelajar pesantren itu. “Mereka biasanya ke sini pada petang hari, anak-anak ini memang terbiasa baca Al-Quran,” katanya.

    Encik Asep berharap lebih ramai orang akan mengaji di kedainya, justeru dapat membawa berkat ke tempat perniagaannya itu.

    Katanya, untuk pelanggan yang tidak mahu mengaji, mereka boleh membuat bayaran wang.

    “Terserah kepada pelanggan, kalau ada yang mahu baca Al-Quran, silakan, tapi jika tidak mahu, ya tidak mengapa,” ujarnya.

    Encik Tendi, salah seorang pelanggan yang ke kedai itu, berkata beliau datang untuk mencuba promosi tersebut. Beliau memilih untuk membaca surah yang pendek sebelum rambutnya digunting.

    “Biasanya pakai wang, tapi ini pakai mengaji. Unik juga,” katanya.

    Semalam (11 Jun), Merdeka.com melaporkan sebuah warung soto, yang juga terletak di Depok, turut menawarkan promosi unik sepanjang bulan suci ini.

    Di warung Soto Kauman Express, pelanggan hanya perlu menulis doa mengikut kemahuan mereka pada sekeping kertas, dan mereka boleh mendapatkan hidangan soto dan jus secara percuma.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Don’t Complain About Food At Geylang Bazaar

    Don’t Complain About Food At Geylang Bazaar

    Why are people complaining about the food at Geylang Bazaar? It has never been worth going since the last time I went there in 2010.

    The food is getting more expensive but the quality is getting worse. I can’t blame the sellers there because I understand the rental is extortionate, food prices are going up and their profit margins are razor thin these past few years.

    If you decide to bother going there, it’s caveat emptor. Those who don’t bother about wanting to be seen there (ie. step handsome or jambu) have already taken to ordering our Hari Raya provisions online.

    I pity the sellers there. Just hawk your wares on the Internet. There will still be plenty of customers, believe me. Makcik yang tak pandai pakai Internet ke Facebook, sila belajar. Gi tanya anak ke sedara yang ikut trend anak muda hari ini.

    All in all, the bazaars at Geylang, Tampines and Woodlands are hot, cramped, dirty and ridiculously expensive places to shop.

    The experience is priceless, for some. For everything else, there’s Mastercard.

    Malik is buying stuff for Hari Raya.
    Malik knows the bazaars are horrible. He doesn’t go there and complain about the trip once he gets home.

    Malik uses the Internet and his Mastercard. Malik knows how to use bank transfers.

    Malik is smart. Be like Malik.

    ‪#‎happyshopping‬

     

     

    Source: Abdul Malik Mohammed Ghazali

  • Goodbye Brother Muhammad Ali!

    Goodbye Brother Muhammad Ali!

    On a flight home from the Janaza of Muhammad Ali (ra), and wanted to pen my emotions while they’re still raw.

    It was an absolute whirlwind. When we arrived at the center, it seemed more like a sporting event than a funeral prayer. Everyone was excited to have their ticket and take pictures of the occasion. In many ways, it seemed offensive. This was a man that I grew up adoring, and It was like seeing a family member go. To be honest, I had a really hard time forcing a smile throughout the day. But I thought to myself, one of the things that made Muhammad Ali so special was that he would make everyone around him feel special no matter how swamped or busy he was.

    His family walked in and sat down one by one. Layla, Hana, etc. People surrounded them as if they were some sort of display taking pictures of them sitting in their grief. At that point, for whatever reason, one of the organizers recognized me and a few other scholars/preachers, and pulled us to be in the very front row.

    Then there his body was. I imagined him walking through shouting “the champ is here!” It’s amazing that he has a presence even in his death. I stood next to one of his sons that looks exactly like him as his coffin was rolled out. With all the selfies with his casket, snapchatting, etc. around me, I chose to focus my eyes on my dear brother Hamza Abdullah who was one of those standing next to his casket. I know the softness of the heart of Hamza and could see the emotion in his eyes and wanted to feel that rather than the “I was there” euphoria. So I focused my eyes on the coffin of the champ, and the eyes of my beloved brother. Surat Al Fajr was recited as his coffin was moved. “Oh soul at peace, return to your Lord pleased and pleasing. Enter thou amongst my servants, enter though my paradise.”

    The center roared with shouts of Allahu Akbar and La Ilaha IlAllah. He evokes that raw emotion even in his death. As Imam Zaid moved forward to lead his janaza, I couldn’t help but think what the journey of his soul must be like. That he’s hearing the shouts and the footsteps of the people around him. I pray that the angels are comforting him, and assuring him of his place in paradise. If there is any indication by the way he’s loved around the world, I hope we will all bear witness for our champ.

    The reciter than read from Al Fussilat, “those who say our Lord is Allah, and remain firm, the angels descend upon them saying “do not fear or grieve, and receive the glad tidings of the Paradise you’ve been promised.” It was at that point that I broke down. I love the champ, and I also envy him. Not in a way that’s negative but in a way that I can only wonder if the angels would descend upon me with mercy and words of comfort like I hope they have descended upon him.

    To be honest with you all, I didn’t know how much it would hurt to hear of the death of Muhammad Ali or attend his Janaza. I was surprised by my own grief. We knew he was severely ill, aging, and barely able to communicate. It was only a matter of time so why did it hurt so much? I still don’t know that I fully understand as many people have expressed the same feelings. But what I do believe is that Allah put the love of Muhammad Ali in the hearts of so many people. This is a special connection. It can’t but be divine.

    I can’t think of anyone more deserving than him to have Janaza prayed in absentia across the country and many parts of the world. I’m still immensely grateful to Allah for allowing to have actually prayed in the first row of the janaza of one of my heroes.

    May Allah shower him in His mercy, raise him to levels in the hereafter even higher than the ones he reached in this world, and join us with him and the one he was named after in the highest level of Jannatul firdaws. Ameen

    I always wanted to meet him in this life, but pray it will happen in the next.

    Love you champ,
    Omar

     

    Source: Omar Suleiman

  • Abang Kasi Warning Bagi Semua Yang Berniat Ke Bazaar Geylang

    Abang Kasi Warning Bagi Semua Yang Berniat Ke Bazaar Geylang

    Amaran Bagi Yang Nak Ke Bazaar Geylang.

    Amaran #1

    Barang siapa yang nak ke Bazaar Geylang, walaupun tu status Facebook awak, elakkan dari menaip status yg berbau kebodohan tahap gaban. Elakkan dari menaip status seperti,

    “ALAMAK!!! Amacam boleh jumpa dekni kat sini plak!”.

    Ingat. Awak tu bukan Ronaldo atau Beyoncé. Jangan nak feeling ‘famous’ dan orang tak boleh terjumpa atau tegur. Ni Bazaar Geylang! Orang Melayu Muslim mesti lah turun sini. Kalau taknak orang yang kita kenal jumpa pergi taman haiwan!

    Amaran #2

    Barang siapa yang nak pergi Geylang untuk tangkap handsome dan jambu, please make sure muka handsome dan jambu. Jangan step pergi Geylang dgn sebab,

    “I nak beli dendeng ahh…”.

    Padahal nak tangkap handsome. Pada minah2 yg nak tangkap jambu kat Bazaar Geylang, bedak muka dengan warna tengkuk make sure tonasi jangan lari banyak! Foundation mata tak payah nak tarak mcm gila. Nanti orang ingat Kai Kai dan Jia Jia dah susah! Takut nampak beruang panda kat Bazaar!

    Amaran #3

    Harap sesiapa yang akan ke Bazaar Geylang sabar dengan kesesakkan orang di sana. Jangan jadi bangang tanya kat Facebook ‘kenapa ada ramai orang sey?’ Ini Bazaar Geylang! Kalau nak senyap dan takde orang, pergi kubur! Library these days pon dah bising…

    Amaran #4

    Pada minah2 baru nak 7Up, jangan feeling orang tgh tgk kan muka awak yg Mak masih cucikan seluar dalam dengan menaip status yg berbunyik,

    “Stoppit seyyy dari tadi tengok aku! Irritz purgh!”.

    Eh Bangau! Mungkin dia tengok kau pasal beberapa perkara. Antaranya,

    a) Muka kau mcm orang dia kenal.

    b) Kau pakai baju low-cut neckline nya tapi masih tak nampak apa-apa (Tipah tertipu!)

    7) Mata yang tengok kau tu juling air.

    KALAU TAKNAK ORANG TENGOK, PERGI DUDUK BELAKANG ESBOK RUMAH MAK KAU DAN TOLONG MAK BUAT KUIH BADAK BERENDAM!

    Muka dah macam ikan cium-cium ada hati nak feeling orang tengok…TUIKK!!!! ???

    PS: Saya tak marah. Saya cuma keluarkan lendir aje

     

    Source: Putra Andiaz

  • Kisah Bagaimana Muhammad Ali Peluk Islam

    Kisah Bagaimana Muhammad Ali Peluk Islam

    Sukan tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia, 4 Jun 2016.

    Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan.

    Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20.

    Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964.

    Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston.

    Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai ‘Black Muslim’.

    Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan yang berubah-ubah terhadap Islam.

    Namun, selepas itu Ali mula mendekati ajaran Islam dengan menyertai Nation of Islam, sebelum mengambil keputusan berada dalam aliran Islam Sunni pada tahun 1975, kemudian kepada mazhab Sufi pada tahun 2005.

    Sementara itu, ramai peminatnya percaya Ali memeluk Islam ekoran pengaruh rakan baiknya yang dikenali Malcolm X.

    Malah, ada sumber yang memberitahu, lagenda itu menerima hidayah ketika menemani rakannya mendengar ceramah ajaran Islam.

    Keyakinan Ali terhadap Islam semakin utuh apabila beliau merasakan agama itu tidak membezakan warna kulit, etnik, kekayaan dan semuanya sama di mata Allah SWT.

    Setelah pertukaran agamanya, Ali yang popular dengan gelaran ‘The Greatest’ meminta orang ramai tidak lagi memanggilnya sedemikian kerana mahu bersederhana seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

    Sepanjang hayat, Ali sememangnya cukup terkenal dengan suara lantangnya demi mempertahankan isu-isu kaum, agama dan politik.

    Awal Disember lalu, Ali sekali lagi memainkan peranannya menegakkan hak Islam apabila menyelar pendirian calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan imigrasi umat Islam ke negara itu.

    “Saya seorang Muslim dan tidak ada orang Islam mahu membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Penganut Islam yang sebenar tahu bahawa keganasan yang kejam bertentangan dengan ajaran agama Islam,” ujarnya.

    Sesungguhnya, insan bernama Muhammad Ali ini sukar dicari ganti dan akan kekal diingatan setiap peminatnya.

    Semoga roh Muhammad Ali berada dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

    Sumber: http://www.mynewshub.cc/2016/06/04/ini-kisah-bagaimana-muhammad-ali-masuk-islam/

     

    Source: www.indahnyaislam.my