Category: Politik

  • The Arab Spring-Democracy Will Not Work In Singapore

    The Arab Spring-Democracy Will Not Work In Singapore

    This election is not our Arab Spring.

    I remember lots of folks cheering for the spread of democracy in the Middle East, fueled by social media and a surge of emotion for change.

    “This is it! This will make history!”

    It happened, Egypt had her revolution and soon after the heroes became villains and the excited bystanders in the media and ordinary people like you and me looked away.

    But old habits die hard. It doesn’t matter that we see America’s export of democratic experiments failing time and again. We can’t let go of the movies of “one man against the world” or “giving it to the man”.

    But many of those upheavals were in countries that were having problems.

    Not First World Problems.
    Not “I can’t buy a car” problems.
    Or “you don’t make me feel like I am complete” problems.

    No, people in those countries were staring down a barrel of a gun.
    They were being trafficked and raped and beaten.

    So that they reached for some desperate promise of freedom is almost understandable.

    But here in Singapore?

    What are we wanting in our version of democracy?

    It seems many of the opposition parties
    are posturing for our Arab Spring.
    “Vote for us and you will truly democratic! You know, like the West!”
    “Cos more dissenting voices in parliament is always better, right?”

    And more of the same old boring ideas:
    Minimum wage as the cure all.
    Extravagant government spending with no talk of higher taxation to pay for it.

    Look, we just need to fire up a browser and look at how countries around the world are doing.

    Just look.

    What Singapore has doesn’t look like the “norm” because some folks have been innovating this little red dot out of those knots for years now.

    Do you think water independence could have been had in an American context?

    Look at the hoops Obama had to jump through for Obamacare. Singapore pretty much turned on a dime there.

    What we have is very different.

    We need to think whether drinking the koolaid of being more like the democratic world will work when the world doesn’t stick around when things falls apart.

     

    Source: Wally Tham

  • Jufrie Mahmood: Damansuri Abas Dan Sidek Mallek Antara Calon Melayu Terbaik Yang Dikemukakan SDP

    Jufrie Mahmood: Damansuri Abas Dan Sidek Mallek Antara Calon Melayu Terbaik Yang Dikemukakan SDP

    Kedua dua calon Melayu SDP, Sidek Mallek dan Damanhuri Abas adalah antara yg terbaik yg pernah dikemukakan oleh pembangkang.
    Masyarakat kita memang mempunyai ramai cerdik pandai tapi mereka rata-rata lebih suka bersendirian dgn keluarga ataupun berjuang dlm persatuan-persatuan bukan bersifat politik.

    Yang masuk politik biasanya ambil jalan yg lebih mudah dan ‘selamat’, dapat ganjaran yg lumayan. Mereka sertai PAP tanpa benar-benar bertekad menyelesaikan masalah sebenar masyarakat yg telah lama tertunggak – 5 dekad terlalu lama untuk kita menunggu.

    Mereka seolah acuh tak acuh. Lebih teruk lagi jika mereka bersifat seperti melukut di tepi gantang. Soal diskriminasi masih berleluasa walaupun mereka cuba menafikannya. Soal seperti pemakaian tudung, misalnya, dianggap seperti menangani serangan perganasan atau terrorisma. Mereka biarkan diri mereka ditekan dan diperbodohkan oleh tuan-tuan besar mereka. Sungguh tak masuk akal.

    Lebih tak masuk akal lagi, masih ada saja Melayu cerdik pandai yg cenderung menyertai PAP. Sedih sekali kerana mereka tak dapat menggambarkan di benak mereka bahawa jika baik kedudukan masyarakat Melayu maka baiklah juga kedudukan masyarakat keseluruhannya. Negara kita akan lebih makmur dan sempurna.

    Itulah pendekatan kita dlm SDP. Sila gembling masyarakat kita supaya memberikan sokongan padu kpd calon-calon kami. Kami berpadu tenaga sebagai satu pasukan. Kita usaha sambil berdoa. Doakanlah kejayaan kami. Syukran.

     

    Source: Mohamed Jufrie Mahmood

  • Presiden PKMS, Abu Mohamed, Tanding Bawah Naungan SDA Kali Ini

    Presiden PKMS, Abu Mohamed, Tanding Bawah Naungan SDA Kali Ini

    PARTI Perikatan Demokratik Singapura (SDA) berikrar memperjuang hak rakyat Singapura jika calon-calonnya dipilih ke Parlimen.

    Calon SDA di GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Harminder Pal Singh, berkata demikian ketika berucap kepada penyokong di pusat penamaan calon di Sekolah Rendah Fengshan semalam.

    Menurut beliau, sedang Singapura menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, negara tetap berdepan dengan banyak masalah.

    “Secara umumnya, Singapura berdepan dengan banyak masalah dalam bidang penjagaan kesihatan, pekerjaan dan Kertas Putih berkaitan 6.9 juta penduduk.

    “Kami akan memperjuang hak setiap rakyat Singapura, terutama penduduk GRC Pasir Ris-Punggol,” kata Encik Singh.

    Calon Melayu SDA, yang merupakan muka baru di GRC itu, Encik Abu Mohamed, pula berkata calon SDA terdiri daripada golongan rakyat biasa, justeru memahami keprihatinan mereka.

    “Kami faham keluhan yang sudah lama terpendam. Berikan kami mandat bagi menyuarakan semua keluhan anda,” gesa beliau.

    Encik Abu merupakan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).

    Dalam pilihan raya kali ini, PKMS akan ‘bergerak’ di bawah naungan SDA.

    Pasukan SDA di GRC Pasir Ris-Punggol diketuai Encik Desmond Lim.

    Encik Lim, Encik Singh and seorang lagi calon, Encik Arthero Lim, bertanding di GRC sama pada pilihan raya umum 2011.

    Dua lagi muka baru SDA yang bertanding di GRC itu ialah Encik Ong Teik Seng dan Encik Wong Way Weng.

    Ini kali ketiga SDA bertanding di GRC Pasir Ris-Punggol.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Aide Iskandar Beri Sokongan Kepada Rakan-Rakanya, Tan Chuan-Jin Dan Edwin Tong

    Aide Iskandar Beri Sokongan Kepada Rakan-Rakanya, Tan Chuan-Jin Dan Edwin Tong

    Encik Aide Iskandar biasanya dilihat di padang bola sepak.

    Namun, bekas pemain bola sepak nasional itu dilihat di Sekolah Kong Hwa berpakaian putih pada Hari Penamaan Calon.

    Encik Aide, 40 tahun, mengaku itu kali pertama beliau menyaksikan sendiri pelaksanaan Hari Penamaan Calon.

    “Saya ingin tahu tentang proses penamaan calon dan ingin mengalami diri sendiri suasana pada hari penting ini.

    “Lagi-lagi ia berkaitan dengan daerah kediaman saya,” ujar bekas kapten pasukan bola sepak nasional itu.

    “Saya juga ingin memberi sokongan kepada rakan-rakan saya dan calon PAP, Encik Tan Chuan-Jin dan Encik Edwin Tong,” ujarnya.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • SPP Ingin Teruskan Kerja Baik Pemimpin Veteran

    SPP Ingin Teruskan Kerja Baik Pemimpin Veteran

    PASUKAN Parti Rakyat Singapura (SPP) yang akan bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh ingin meneruskan ‘kerja baik’ yang menjadi legasi kepimpinan veteran pembangkang, Encik Chiam See Tong, dalam pilihan raya ini.

    Calon yang akan bertanding bagi GRC Bishan-Toa Payoh ialah Encik Benjamin Pwee, 47 tahun; Encik Hamim Aliyas, peniaga, 50 tahun; Encik Law Kim Hwee, 55 tahun, mantan pengurus pemasaran; Encik Abdillah Zamzuri, 31 tahun, seorang pemilik syarikat latihan dan akademi sukan; Encik Bryan Long, 37 tahun, seorang usahatekwan.

    Encik Pwee dan Encik Hamim dari Parti Progresif Demokratik (DPP) tetapi meletak jawatan bagi bertanding di bawah SPP.

    “Bagi pengundi Bishan-Toa Payoh, saya memperjuangkan Chiam See Tong bagi mempertahankan prinsip konstruktif dan kolaboratif dalam pemerintah bagi masa depan rakyat,” kata Encik Hamim yang bertanding di GRC yang sama bersama Encik Chiam pada pilihan raya 2011.

    Dalam ucapan selepas disahkan menjadi calon, Encik Abdillah, seorang calon baru SPP, berteriak secara seloroh:

    “Bishan-Toa Payoh Amacam! Saya muda dan saya akan pastikan mereka yang muda akan mempunyai masa hadapan yang baik.”

    Dalam pilihan raya 2011, pasukan SPP diketuai Encik Chiam kalah di GRC Bishan-Toa Payoh, dengan undian sebanyak 43.1 peratus.

    Pasukan itu dikalahkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng yang memenangi undian sebanyak 56.94 peratus.

     

    Source: http://beritaharian.sg

deneme bonusu