Jufrie Mahmood: Damansuri Abas Dan Sidek Mallek Antara Calon Melayu Terbaik Yang Dikemukakan SDP

Kedua dua calon Melayu SDP, Sidek Mallek dan Damanhuri Abas adalah antara yg terbaik yg pernah dikemukakan oleh pembangkang.
Masyarakat kita memang mempunyai ramai cerdik pandai tapi mereka rata-rata lebih suka bersendirian dgn keluarga ataupun berjuang dlm persatuan-persatuan bukan bersifat politik.

Yang masuk politik biasanya ambil jalan yg lebih mudah dan ‘selamat’, dapat ganjaran yg lumayan. Mereka sertai PAP tanpa benar-benar bertekad menyelesaikan masalah sebenar masyarakat yg telah lama tertunggak – 5 dekad terlalu lama untuk kita menunggu.

Mereka seolah acuh tak acuh. Lebih teruk lagi jika mereka bersifat seperti melukut di tepi gantang. Soal diskriminasi masih berleluasa walaupun mereka cuba menafikannya. Soal seperti pemakaian tudung, misalnya, dianggap seperti menangani serangan perganasan atau terrorisma. Mereka biarkan diri mereka ditekan dan diperbodohkan oleh tuan-tuan besar mereka. Sungguh tak masuk akal.

Lebih tak masuk akal lagi, masih ada saja Melayu cerdik pandai yg cenderung menyertai PAP. Sedih sekali kerana mereka tak dapat menggambarkan di benak mereka bahawa jika baik kedudukan masyarakat Melayu maka baiklah juga kedudukan masyarakat keseluruhannya. Negara kita akan lebih makmur dan sempurna.

Itulah pendekatan kita dlm SDP. Sila gembling masyarakat kita supaya memberikan sokongan padu kpd calon-calon kami. Kami berpadu tenaga sebagai satu pasukan. Kita usaha sambil berdoa. Doakanlah kejayaan kami. Syukran.

 

Source: Mohamed Jufrie Mahmood

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *