Blog

  • Pelawak Celebrity Malaysia Very The Lepak On Set

    Pelawak Celebrity Malaysia Very The Lepak On Set

    Terperanjat pelakon Sani Hussin semasa menjalani sesi penggambaran bagi rancangan lawak terbaru, Super Spontan Upsize, baru-baru ini.

    Sani, yang diundang bukan sebagai pelawak tetapi sebagai ‘pengurus’ pasukan, agak terperanjat dengan budaya kerja di sana memandangkan kesemua penggambaran diadakan di Malaysia.

    “Kalau kat Singapura, kita pentingkan disiplin dan semuanya mesti teratur.

    “Tetapi di sana, suasananya agak santai. Malah ada pelawak yang dengan bersahaja boleh bermain bola di dalam studio,” kongsinya.

    Rancangan yang bakal ditayangkan di Suria pada 4 Ogos nanti menampilkan pelawak Malaysia dan Singapura.

    Antara yang diundang termasuk Najip Soiman, Sahfudin Mahfuz, Fakkah Fuzz, Mamat Bora serta satu-satunya bunga di antara kumbang, Farhana M. Noor.

    Dari Malaysia pula, pelawak yang disertakan termasuk Johan, Rahim, Zulin Aziz, Pak Yus dan Ajak Shiro.

    Sani juga menyifatkan status para selebriti di sana berbeza daripada selebriti di sini.

    Ini memandangkan kehadiran mereka bagi apa jua rancangan menjadi daya penarik yang dapat meningkatkan lagi rating sesebuah rancangan.

    Ini belum termasuk unsur kewangan yang dapat diraih sesebuah syarikat yang menampilkan para selebriti ini dalam acara mereka.

    Bagaimanapun, Sani akui ada yang boleh dipelajari daripada ketangkasan dan kepetahan berbual para pelawak Malaysia.

    Menurutnya, mereka memang cukup handal selain boleh berfikir dengan pantas dan berkesan.

    “Rancangan Super Spontan ini sebenarnya mengasah dan mencabar minda serta kebolehan pelawak.

    “Ia sesuai untuk pelawak yang memulakan kerjaya mereka dalam dunia teater.

    “Ini kerana dari situlah kita mula mempelajari tentang kemahiran melawak serta kemahiran mengubah suai sesuatu situasi.

    “Jadi para pelawak Malaysia ni memang cepat dan mudah mendapat idea selain menjadikan sesuatu bahan yang simple itu sebagai sesuatu yang melucukan,” katanya sambil menambah bahawa para pelawak di sana tetap terus berjenaka meskipun di luar set penggambaran.

    Super Spontan Upsize yang diterbitkan Grid Media Pte Ltd, syarikat milik Khairudin Samsudin, dihoskan Najip Ali dengan pengadil tetap, Afdlin Shauki dan Suhaimi Yusof.

    Antara pengadil undangan termasuk Norish Karman, Shah Iskandar, Hisyam Hamid, Khairudin Samsudin dan Amy Mastura.

    Para pelawak juga dibahagikan kepada dua kumpulan yang namanya juga sudah cukup mencuit hati – Gajah Gerek dan Selamba Kodok.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Singaporeans Suck Up To PRCs Because PRCs Are Richer

    Singaporeans Suck Up To PRCs Because PRCs Are Richer

    Hi admin,

    Look at this comment by a PRC woman, who scolded Singaporeans for saying that the 2 PRC bitches are wrong.

    Translation “If you are so capable then kick all PRCs out of Singapore ah! You are not even able to do it! As long as PRCs have money, we can go anywhere! Even if you are jealous and hate us, you have no choice! We PRCs are rich! Not like you people, going to a store you can’t even buy a TV without paying in installments! Disgrace! PRCs have money so we are your boss! Your government must serve us! Even if you complain, it is worthless!”

    I think our current government has really betrayed all of us big time now. Bringing in snakes like those 2 mad PRC women and this arrogant PRC bitch. We need a real political party that has the guts to really kick all these foreigners out of Singapore!

     

    Source: www.allsingaporestuff.com

  • Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Melayu Singapura?

    Apa Dah Jadi Dengan Masyarakat Melayu Singapura?

    Oh Orang Melayu. Bila nak taubat? Bila nak maju?

    Semalam saya terbaca pasal pergaduhan di Geylang yang telah mengakibatkan seoang lelaki maut. Betul-betul ingatkan bangsa diorang yang terlibat sebab kan tempat kejadian kat Geylang lorong-lorong bukan Geylang Serai. Saya dimaklumkan Geylang Lorong 2 sampai Lorong 30 tu red light district di Geylang. Tak ramai Melayu did sana. Kejadian berlaku di antara Lorong 6 dengan 8. Di sana kalau ada kes sebegini selalunya bangsa diorang atau bangsa diorang yang diimport dari Cina.

    Jadi bila dapat tahu yang terlibat merupakan orang Melayu, saya begitu terkejut.

    Apa yang mereka buat di sana? Ada makanan halal ke? Duduk minum kopi je?

    Yang lebih buat saya tertanya-tanya, kenapa ada perselisihan faham sampai tak boleh bawak bicara? Satu hilang nyawa tetapi berapa banyak keluarga yang akan musnah akibat perkelahian ini? Keluarga akan berpecah belah, anak-anak susah nak ke sekolah, tiada bembingan, masa depan mereka malap. Kerana apa? Kerana seorang wanita? Maaf cakap lah, wanita yang berkenaan pun bukan lah rupa macam Rahimah Rahim ke…

    Mereka akan menyesal tak sudah. Tapi apa nak buat?

    Sayang sekali. Saya lihat masyarakat kita ni penuh budaya, penuh pegangan, penuh daya kreatif dan penuh keberanian. Tetapi ciri-ciri in disalurakan kepada initiatif atau usaha yang bukan saja membebankan, malah merosakkan.

    Saya teringat dahulu adik saya masuk penjara kerana penglibatannya dalam satu gang fight.  Rioting. Mak saya yang susah payah pergi Changi Prison untuk melawat dia.  Kita tidak ada duit. Mak pun kurang sihat tapi mak tetap mahu lihat adik saya. Dari Jurong Extension sampai Changi. Perjalanan sungguh jauh setakat nak bertemu adik kurang dari setengah jam.

    Yang lagi mebuat saya sedih, ramai jugak nenek-nenek yang ditemani cucu-cucu mereka. Saya tanya diri saya kenapa adik-adik ni tak ke sekolah? Satu ni terangkan yang dia menemani nenek dia untuk melihat bapanya yang di dalam. Dia lah yang tolong nenek dia turun naik bas, pergi register kat Prison Link Centre…budak 10 tahun dah tahu pasal masalh dunia sebegini.  Sepatutnya mereka berada di sekolah bersama rakan-rakan, bukan di Prison.

    Sudah sekian lama,  masyarakat kita masih terjebak dengan masalah sosial. Keluarga pincang, anak luar nikah, masalah dadah, masalah kumpulan samseng. Kenapa masih tak berubah?

    Mana daya saingan kita? Mana wawasan kita?

    Kalau bukan kerana masyarakat pun, ushalah yang baik-baik untuk mempertingkatkan diri anda demi masa depan kelurga. Jangan buang masa. Zaman kian berubah kalau kita tak ikut sama, kita akan hanyut ditelan arus pemodenan. Insha Allah, dengan berkat doa dan usaha, masyarakat kita akan, sedikit demi sedikit, merubah masa depan.

     

    Reader Contribution: Ismadi

  • Zamani Dan Pembantu Peribadi Didenda RM5,500 Kerana Kesalahan Memiliki Dan Mengambil Dadah

    Zamani Dan Pembantu Peribadi Didenda RM5,500 Kerana Kesalahan Memiliki Dan Mengambil Dadah

    KUALA LUMPUR:  Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani, masing-masing didenda RM5,500 (S$2,042) atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu (6 Mei), terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Jan lepas.

    Zamani, 43, dan Nur Juliana, 32, memilih membayar denda.

    Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman juga memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

    Terdahulu, Zamani yang memakai jaket dan berseluar hitam dan Nur Juliana mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan semula kepada mereka.

    Sebelum ini, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini.

    PERTUDUHAN YANG DIKENAKAN

    Bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki dadah jenis heroin seberat 0.6 gram, mereka masing-masing didenda RM3,300 (S$1,225) atau 10 bulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua iaitu mengambil dadah, Zamani dan Nur Juliana didenda RM2,200 (S$817) setiap seorang atau lapan bulan penjara.

    Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat di Kuala Lumpur pada 12.30 pagi, 21 Januari lepas.

    Penyanyi itu, yang popular dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’, juga didakwa mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

    Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine pada 2.05 pagi di tempat dan tarikh sama.

    Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda RM100,000 (S$37,123) atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

    Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 (S$1,856) atau penjara tidak melebihi dua tahun.

    RAYUAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA HAKIM

    Ketika rayuan, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana memohon mahkamah mengenakan hukuman denda atas alasan penyanyi itu sudah insaf dan berat badannya kini naik kepada 59 kg daripada 45 kg, selain beliau menghidap sakit belakang kronik yang memerlukan rawatan intensif dan pembedahan.

    “Bagi Nur Juliana pula, dia terjebak dengan dadah berpunca daripada perasaan ingin tahu, namun kedua-dua anak guam saya menyesal dengan perbuatan mereka,” katanya. Mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, kata peguam itu.

    Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kerana kesalahan dadah adalah serius dan tertuduh merupakan artis terkenal yang sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat.

    Sementara itu, Zamani melahirkan rasa syukur kerana hidupnya berubah selepas ditangkap kerana kes dadah itu.

    ZAMANI SYUKUR DITANGKAP

    “Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kerana ditangkap pada 21 Jan lepas…ia menjadi titik penting kepada perubahan yang saya alami hari ini,” katanya dengan nada ceria kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Majistret.

    Beliau yang kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah juga kelihatan sihat berbanding keadaan sebelum ditangkap.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • What Are Our Universities Doing About The LGBT Community?

    What Are Our Universities Doing About The LGBT Community?

    Aku terkilan nampak posting dari NTU Kaleidoscope semalam. Makin baca makan hati aku membuak. Bingit siak.

    NTU Kaleidoscope

    Diorang repost satu article dari Today yang telah ditulis bersama oleh beberapa orang yang associated dengan Inter-University LGBT Network.

    Aku ada satu soalan…kenapa cara hidup komuniti LGBT ni harus digembar-gembur dan diterima mayarakat? Nampak macam diorang ditomah lah selalu, macam hidup mereka tu susah merana. Orang-orang Nepal yang merana takda rumah, keluarga hapus keranan gempa bumi pun takda teruk asyik complain macam diorang. Macam kena victimised sangat ke apa sial…

    Kelakar siak dapat tau yang ada banyak support groups untuk komuniti LGBT in our univeristies. As a graduate of one of the uni, aku malu siak nampak ni macam punya support for komuniti LGBT ni.

    NUS je dah ada tiga kumpulan yang provide support.  Tak rasa ada banyak group untuk budak-budak Melayu yang datang dari keluarga susah. Sedangkan korang tengok…NUS Muslim society agaknya ada satu, society Bahasa Melayu pun ada satu.  Apa mereka lebih important daripada kita ke? Apa diorang punya problem lebih teruk dari problem masyarakat kita yang bertahun-tahun, tukar Minister ni Minister tu pun tak boleh solve jugak the problems.

    Yang ada aku menyampah dia punya anggek macam dia bagus sangat.  Tapi yang ada aku respect diorang as individuals. Yang ada mampus dia punya pandai dan konfiden.

    Tapi as a Muslim aku tak boleh bawak diri aku nak accept mereka. Bukan aku je fikir macam ni. Ramai lagi orang dari agama lain pun macam tu juga. Ini agama kita tak accept kenapa ni uni-uni pandai-pandai nak force it down our throats?  Kita boleh tolog diorang tapi kalau diorang yang tengok kita macam sial, sala siapa siak? Diorang yang suspicious of us. Kenapa?

    Memang bukan tempat kita untuk judge diorang, memang terpulang pada mereka…aku pun tak kisah sebab aku pun ni bukan macam malaikat pun. Tapi kenapa sibuk-sibuk sangat pasal hal diorang? Kau tanya diri kau, apa diorang buat untuk be normal. Diorang yang ostracise diri mereka. adakau nampak orang cakap depan muka diorang…eh bapuk pergi berambus…ada?

    Orang Melayu diorang suruh integrate. Apasal nak jadikan LGBT komuniti ni separate and distinct? Kena give diorang special treatment? Aapa counsellors kat NTU, SMU atau NUS tak cukup ke atau tak boleh handle?

    Aku hope ni universities ni semua do something about this. Nanti tahun depan apa? 10 LGBT support groups in the unis?

     

    Reader Contribution: Faiz S

     

     

deneme bonusu