Blog

  • Restoran Mamanda Mengembangkan Sayap Ke Kuala Lumpur

    Restoran Mamanda Mengembangkan Sayap Ke Kuala Lumpur

    Tidak lama lagi, penduduk Kuala Lumpur akan dapat menjamu makanan tradisional Melayu ala “fine-dining” di cawangan terbaru restoran Mamanda di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Projek yang menelan belanja RM 1 juta ($324,000) itu direalisasikan dengan kerjasama rakan kongsi bisnes terbaru Mamanda iaitu Dato’ Fazley Yaakob. Bahkan, juara Masterchef Selebriti Malaysia itu juga kini menyandang jawatan selaku Cef Eksekutif Kumpulan bagi kedua-dua cawangan restoran Mamanda. Semasa ditemui di majlis iftar bersama media, Dato’ Fazley juga sempat memperkenalkan hidangan eksklusif terbaru Mamanda.

    “Saya tampilkan menu sulung secara eksklusif iaitu Dulang Minang Seafood. Ia berkonsep setiap jenis makanan laut yang saya masak dengan kuah lemak cili api yang akan dituang bersama,” kata Dato’ Fazley. Istimewanya, hidangan ini pernah memenangi beberapa anugerah hidangan terbaik di beberapa festival makanan antarabangsa termasuk Festival Gastronomi Antarabangsa Malaysia. Sejak dibuka pada 2012, restoran Mamanda Singapura yang terletak bersebelahan Taman Warisan Melayu di Sultan Gate, menghidangkan masakan Melayu tradisional ala diraja dengan suasana bertemakan Istana Melayu. Sesuai dengan cogan katanya, “Menjunjung Santapan Warisan”, Pengarah Mamanda Group, Zulkarnine Hafiz berkata usaha terbaru syarikatnya itu adalah untuk memenuhi permintaan hidangan Melayu ala “fine-dining” bagi penduduk dan pengunjung di ibu kota Malaysia itu.

    Memandangkan Malaysia merupakan tempat tujuan bagi makanan-makanan tradisional Melayu, Mamanda Group melihat ini sebagi satu kesempatan untuk memperkenalkan dan memartabatkan masakan Melayu dari segi kesegaran bahan dan cara hidangan kepada pelancong asing dan golongan korporat. Terletak kira-kira 8 km atau 30 minit waktu perjalanan menaiki kereta dari kawasan bandar, cawangan terbaru restoran Mamanda akan dibuka di lokasi mewah iaitu di Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur. Encik Zulkarnine memberitahu, “Kami memilih TPC di Bukit Kiara apabila kami sudah buat penyelidikan di mana kami dapati banyak tempat di situ di mana ramai ahli korporat berada di sekitarnya itu. Jadi inilah khalayak sasaran kami untuk memperkenalkan Mamanda di Kuala Lumpur.” Bukan sahaja jenis masakan sahaja yang dekat di hati Dato’ Fazley, lokasi cawangan restoran baru Mamanda ini juga sebenarnya di belakang rumah beliau. TPC Kuala Lumpur pernah beberapa kali dinobatkan sebagai Kelab Golf Terbaik di Malaysia dan menjadi tuan rumah bagi beberapa Kejuaraan Golf Antarabangsa termasuk CIMB Classic dan Sime Darby LPGA.

    Source: Berita Mediacorp

  • 94 Cats Rescued From 2 Room Flat: Action Should Be Taken Against The Cat Hoarder/Breeder.

    94 Cats Rescued From 2 Room Flat: Action Should Be Taken Against The Cat Hoarder/Breeder.

    Currently, people are concerned about the cat’s welfare and well-being, and have even volunteered to help in whatever ways that they can, such as sending the cats to the vet and adopting the cats. However, the cats are still not in perfect condition to be adopted.

    However, there is still no word from the relevant authorities about the action taken against the irresponsible cat hoarder/breeder. Action should be taken against the cat hoarder/breeder. One kitten (in the accompanying photo for this article, RIP kittie!) has passed on, and many others are in very bad shape. The hoarder/breeder should not get off scot-free. Justice for the cats need to be addressed!

     

    Rilek1Corner

  • [Batu Pahat] 33 Mangsa Terjejas Kerana Banjir Kilat Di Batu Pahat

    [Batu Pahat] 33 Mangsa Terjejas Kerana Banjir Kilat Di Batu Pahat

    Seramai 33 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Sungai Kluang, Rengit, masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, awal pagi semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata mereka ditempatkan di PPS Kampung Parit Jalal, disebabkan air belum surut sepenuhnya.
    “Banjir kilat ini berpunca daripada limpahan air pasang akibat benteng pemecah ombak pecah. Kerja pembaikan sedang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Batu Pahat. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah juga menyalurkan bantuan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini. Sementara itu, Ayub berkata, kejadian yang sama turut berlaku di Kampung Permatang Panjang, Jementah, dekat sini pagi tadi, membabitkan 28 orang daripada lima keluarga namun tiada sebarang PPS dibuka berikutan air mulai surut.

    Source: Berita Harian Online
  • Ibu Bapa Tolong Awasi Buku-Buku Yang Dibaca Oleh Anak-Anak Anda

    Ibu Bapa Tolong Awasi Buku-Buku Yang Dibaca Oleh Anak-Anak Anda

    Indonesian police have found hundreds of books containing Islamic State (IS) propaganda targeting children at the home of a suspect arrested in connection with the stabbing death of an officer, a police spokeswoman said yesterday.

    The books aimed at children found at the home of the arrested man were written in Indonesian and included pictures and messages supportive of dying in jihad, or holy war, said police spokeswoman Rina Sari Ginting.They appeared to be designed and printed by the suspect, she said.

     

    Source: Today

  • Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat Ke 200 Orang

    Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat Ke 200 Orang

    Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200 orang setakat 8.00 malam semalam (26 Jun) berbanding 149 orang pada sebelah petang. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kolonel (PA) Effendy Ali berkata mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Bukit Tambun, Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

    Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam tadi sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah dan membanjiri lima kawasan dalam tempoh lima hingga tujuh jam kemudian. Beliau berkata setakat ini cuaca dilaporkan baik dan keadaan banjir masih terkawal.

     

    Source: Berita Mediacorp