Blog

  • Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Seorang pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dikatakan hilang sebelum kejadian kebakaran telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Remaja tersebut dibawa ke lokasi kejadian hari ini untuk proses mengumpul bukti. Remaja yang berjaket hitam dibawa dalam keadaan tidak bergari sambil diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

    Pihak polis telah memeriksa petunjuk terbaru dari rakamana CCTV selain menumpukan siasatan kepada pagar di sebelah tepi dan belakang pusat tahfiz. Remaja lelaki yang dibawa ke lokasi kejadian dipercayai telah menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran yang meragut nyawa 23 pelajar serta guru pusat tahfiz berkenaan. Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

    Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan. “Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan,” katanya. Segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

  • Sempat Ambil Ujian UPSR Selepas Mandikan Dan Kafankan Arwah Bapa

    Sempat Ambil Ujian UPSR Selepas Mandikan Dan Kafankan Arwah Bapa

    Alhamdulillah.. selesai sudah anak2 tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yg sy tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sbg Guru Bimbingan & Kaunseling dimana seorang anak murid sy yg kental jiwa n kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan. Allahu.. hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yg dipakai ke kubur ayahnya sbntar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan dsana.

    Sblm itu pada pukul 8.15 pagi dia juga hadir utk menjawab soalan sains kertas 1 kmdian bergegas pulang utk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir n menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sblm jenazah ayahnya dikebumikan.
    Inilah wajah anak didik yg sy maksudkan.. namanya Azri Haziq bin Hairul Saleh. Mari sama2 kita doakan dia tabah n kuat menghadapi ujian ini. Doakan dia berjaya suatu hari nanti n doakan juga ayahnya iaitu almarhum En. Hairul Saleh ditempatkan bersama golongan beriman. Aamiin.

    *Buat azri haziq yg cikgu sayang.. andai suatu hari nanti azri baca catatan ini.. cikgu nk azri tahu yg cikgu bangga dgn kputusan yg azri buat utk terus duduki UPSR kerana tak ramai dluar sana mampu hadapi n lakukan apa yg azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama azri hari ini di rumah n sekolah serta smlm di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yg takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.

    *Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah azri mnjadi pndorong n pmbakar smangat buat kawan2 dluar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu n banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yg mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa2 masalah blh dtg jumpa cikgu pd bila2 masa. Respect! Salute! UiLove!

    #kisahinspirasidiri
    #mutiaraminda2u
    #akademipermataalfateh
    #muhasabahdiri

     

    Source: Cikgu Hussayn

  • Debt-Free After Performing Hajj

    Debt-Free After Performing Hajj

    Something amazing happened to me at Hajj… I have been going through some financial difficulties as a result of a big corporation making a small avoidable mistake that has cost me a couple of thousand pounds. This had an indirect consequence which resulted in other debts too. I had threatening calls, emails which even led to a court case that I eventually lost, though the judge was sympathetic. I was told to give up and cut my losses and just get over it, but I persisted.

    With all these debts looming over my head, I still decided to make Hajj this year. I made du’a that Allah relieve me of my debts and he make successful in this life and the hereafter. Having completed Hajj, I was waiting at Jeddah airport to board the plane back to London. I checked my emails and to my shock, one of the big corporations I was dealing with, decided to reimburse me in full!

    But the story doesn’t end there. Someone who knew of some of my issues and without me even asking, offered to pay off all my debts. “How much is your debt? Is it £20,000, £10,000? Don’t worry, I’ll pay it all off for you!” I politely declined. How true are the words of the Prophet ﷺ: “Keep on doing Hajj and ‘Umrah, for they eliminate poverty and sin just as the bellows eliminate impurities from iron, gold and silver.” (Tirmidhi)

  • Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mungkin Diceroboh Masuk

    Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mungkin Diceroboh Masuk

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM. Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

    “Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan. Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi. Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

  • 48 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

    48 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

    Lembaga Tabung Haji (TH) berkata setakat hari ini 48 jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di tanah suci.

    Anggota Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin berkata angka itu rendah berbanding 32 orang keseluruhannya tahun lalu, selepas diambil kira pertambahan 10,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

    “Pada tahun ini, kita lebih ketat dalam pemeriksaan kesihatan dan setiap doktor diminta untuk benar-benar memastikan tahap kesihatan jemaah sebelum memberikan kelulusan.

    “Jika ada sakit, perkara itu hendaklah dimaklumkan  lebih awal kepada TH dan jika didapati ada doktor yang meluluskan mereka yang tidak sihat, mereka boleh dikesan kerana setiap doktor diberikan nombor pengenalan khusus TH,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris Mohd Sufian Resli, 38 tahun, yang meninggal dunia di Makkah pada 6 September lalu akibat jangkitan paru-paru.
     
    Katanya TH akan sedaya upaya menziarah semua waris jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci.

    “Program ziarah ini adalah bagi kami menzahirkan rasa simpati kepada waris dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada TH untuk meringankan beban waris selain mahu mengadakan tahlil kepada arwah di rumah mereka. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pejabat TH setiap negeri,”jelas beliau lagi.

    Dr Abdul Shukor menambah sehingga hari ini, TH selesai menziarahi 17 waris jemaah dan berhasrat ziarah terhadap 31 waris lagi dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

    Beliau  juga berkata penerbangan terakhir  jemaah haji Malaysia  pulang ke tanah air dijadualkan pada 5 Oktober depan.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg