Blog

  • Commentari: Perlantikan Secara “Paksa” Adalah Langkah Ke Belakang / 10 Sebab Kenapa Orang Terasa Marah Terhadap PE2017

    Commentari: Perlantikan Secara “Paksa” Adalah Langkah Ke Belakang / 10 Sebab Kenapa Orang Terasa Marah Terhadap PE2017

    Sebenarnya perlantikan secara “paksa” ini adalah langkah ke belakang (Regressive move) dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku di Singapura. Mungkin Dr Maza tidak tahu perkara ini, khususnya point no 7.

    Natijah (Wanita bertudung menjadi presiden) tidak menghalalkan cara.

    Jangan mudah terpedaya dengan bentuk, sistem dominan hari ini dalamannya bersopak, maka mereka harus bersungguh-sungguh untuk tutup dengan baju besi hebat yang berkilat.

    Memang kalau diperhatikan dalam sejarah yang tidak berapa lama, mereka yang suka melaungkan slogan “Tajdid” ala modenisasi ini biasanya bersifat literalis dalam bab menanggapi sistem yang datang dari barat, sifat yang mereka benci dalam membaca teks agama mereka buat dalam membaca konteks. Sedangkan bukan sahaja teks, konteks juga kadangkala perlu ditakwil.

    “Pemilihan secara paksa” ini adalah untuk memastikan tiadanya dissenting voice yang benar-benar substantial daripada Presiden terhadap PAP.

    Dari En Mohd Khair :

    10 Sebab Kenapa ada orang begitu marah terhadap PE2017

    1. Tan Cheng Bock terhalang dari bertanding kerana calon dihadkan hanya kepada orang Melayu

    2. Satu-satunya calon Presiden yang Terpilih mempunyai ayah bukan dari keturunan Melayu

    3. Kriteria Presiden Terpilih diubah sehingga menyempitkan pilihan bagi calon-calon Melayu yang layak

    4. Tiadanya calon Melayu yang benar-benar dianggap Melayu tampil ke depan untuk bertanding. Kedua-dua calon lelaki mohon untuk bertanding datang dari susur galur Marican dan Khan, manakala yang dua lelaki lain adalah dari kaum Cina

    5. Definisi siapakah itu orang Melayu oleh pemerintah tidak diterima kerana dianggap sebagai terlalu longgar

    6. Siapakah Presiden Terpilih yang pertama? – Ong Teng Cheong atau Wee Kim Wee? Tan Cheng Bock mencabar bahwa Presiden Terpilih pertama bukan Wee Kim Wee, tetapi Ong Teng Cheong. Oleh itu, menurut kata Tan Cheng Bock, pilihanraya Presiden kali ini bukan yang terhad kepada kaum minoriti. Menurut pemerintah, Wee Kim Wee adalah Presiden Terpilih pertama kerana beliau Presiden Singapura yang pertama mempunyai bidang kuasa yang diluaskan oleh perlembagaan yang dipinda.

    7. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu melanggar dasar meritokrasi Singapura dan Perlembagaan Negara

    8. Menghadkan Presiden Terpilih hanya kepada calon Melayu menguatkan lagi tanggapan yang masyarakat Melayu tidak boleh maju ke depan tanpa bantuan pemerintah – pola pemikiran bertongkat atau “crutch mentality”

    9. Kenapa Presiden Terpilih boleh dihadkan atau dikhususkan kepada kaum minoriti tetapi tidak pula untuk jawatan Perdana Menteri

    10. Kenapa tiada pilihanraya kecil apabila Puan Halimah Yacob mengosongkan kawasan undinya untuk bertanding bagi jawatan Presiden Terpilih

    Beberapa fakta relevan mengenai Kedudukan Presiden Singapura, samada dilantik atau diplih

    1. Puan Halimah BUKAN calon Presiden yang pertama kali menang tanpa bertanding. Sebelum ini, Mendiang S R Nathan juga pernah menang tanpa bertanding sebanyak DUA kali, iaitu pada tahun 1999 dan 2005, apabila tiada calon lain yang layak untuk terima Sijil Kelayakan atau Certificcate of Eligibility.

    2. Presiden-Presiden berikut dilantik, dan tidak dipilih melalui proses pilihanraya:
    2.1 Yusof Ishak, 1965 – 1970
    2.2 Benjamin Henry Sheares, 1970 – 1981
    2.3 Devan Nair, 1981 – 1985
    2.4 Wee Kim Wee, 1985 – 1993

    3. Perlembagaan dipinda pada 1991 untuk menjadikan kedudukan Presiden bukan lagi diisi dengan perlantikan, tetapi dipilih melalui proses pilihanraya. Kuasa Presiden juga diluaskan merangkumi kuasa terhadap perbendaharaan negara dan juga perlantikan jawatan-jawatan penting dalam pemerintah. Pindaan ini dilakukan sewaktu tempoh Presiden Wee Kim Wee. Dengan pindaan perlembagaan tersebut, Presiden Wee Kim Wee diberi kuasa seorang Presiden Terpilih. Presiden-Presiden Terpilih selepas itu adalah berikut:
    3.1 Ong Teng Cheong, 1993 – 1999
    3.2 S R Nathan, 1999 – 2005 – 2011
    3.3 Tony Tan, 2011 – 2017

     

    Source: Noor Deros

  • Naik Badan Sebab Stress, Bukan Bahagia

    Naik Badan Sebab Stress, Bukan Bahagia

    “Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?” Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan berat badan mudah naik disebabkan gagal menangani stres. Nak tahu kenapa? Ini 6 buktinya.

    Badan ‘Naik’ Bukan Sebab Bahagia, Tapi Sebenarnya Stres. Ini 6 Buktinya

    Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang. Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk.

    1. Stres Meningkatkan Selera Makan. Rasa Nak ‘Baham’ Semua!

    Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat. Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri. Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres.

    2. Proses Pembakaran Lemak Terhalang

    Walau sekuat mana pun kita bersenam dan berdiet, tetapi berat badan masih tidak turun-turun. Badan pula ‘naik’ bagai dipam-pam. Nak kata makan banyak sangat, tidak juga. Rutin senaman pun masih diteruskan seperti biasa. Tapi kenapa susah betul nak turunkan berat badan? Cuba periksa semula kadar stres anda. Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Oleh itu, selain bersenam, jangan lupa tumpukan minda pada santapan rohani dan belajarlah menguruskan emosi. Dengan cara ini, barulah lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

    3. Stres Pemusnah Diet

    Memang betul diet bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika sudah terbiasa dengan pemakanan yang tidak sihat. Dalam keadaan stres, tekak lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini. Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Kesannya, kita akan mudah beralih kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.

    4. Stres Merangsang Hormon Yang Menggemukkan

    Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan. Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat, seperti yang dijelaskan melalui Today’s Dietitian.

    5. Metabolisme Badan Semakin Perlahan

    Hari yang sibuk sama ada di rumah atau di tempat kerja kadang-kala membuatkan kita lupa untuk makan. Bila dah pukul 4 petang, baru makan tengah hari kerana terlalu asyik membuat kerja. Tabiat sedemikian dapat mengurangkan tahap metabolisme dalam badan. Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.

    6. Ia ‘Menyerap’ Tenaga Semasa Bersenam

    Sebenarnya tujuan untuk bersenam ialah untuk meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan. Namun begitu, tanpa kita sedari kadangkala kita menjejaskan diri sendiri dengan melakukan dua perkara dalam satu masa. Kalau bersenam sambil risaukan kerja di pejabat, tubuh anda akan menjadi lebih cepat penat. Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa individu yang bersenam sambil otaknya ligat memikirkan bermacam-macam benda akan menyebabkan ketahanan ototnya berkurang sebanyak 25%.  Maka anda mungkin tidak dapat berlari sejauh yang anda sasarkan. Tubuh pula juga terasa begitu lesu selepas sesi senaman.

  • Damanhuri Abas: “Menipu Rakyat Untuk Kepentingan Kuasa Politik Parti”

    Damanhuri Abas: “Menipu Rakyat Untuk Kepentingan Kuasa Politik Parti”

    Dalam keghairahan beberapa pihak perihal isu perlantikan seorang Muslimah yg bertudung sebagai Presiden, ada yang sarankan utk melihat kebaikan yg mungkin berlaku. Ini adalah suratan takdir jadi kita harus redha sahaja. Sebenarnya kita harus balik kepada usul perkara.  Apakah niat di sebalik perkara ini. Niat perlantikan yang telah jelas berupa permainan licik politik PAP utk terus berkuasa dan menghalang sesiapa yg benar-benar bebas dari pengaruh politik PAP utk bertanding dan memenangi pemilihan dgn cara yg telus.

    Presiden sahaja yg berkuasa utk menyoal kedudukan simpanan negara dan juga perlantikan jawatan tertinggi negara. Itu tugas utama Presiden terpilih dan bukan hal-hal sampingan. Kenapa hal sampingan yg menjadi fokus kita. Itu kesilapan besar. Islam mengajar kita utk mendirikan yang maaruf dan mencegah yg mungkar. Perkara yg berlaku ini adalah kemungkaran. Menipu rakyat untuk kepentingan kuasa politik parti, i.e. PAP. Rasul s.a.w. memberi petunjuk, jika kita melihat suatu kemungkaran utk mencegah dgn tangan, jika tak berdaya dengan lisan dan jika itu pun tak sanggup supaya diam dan cemuh perbuatan tersebut dalam hati. Itulah selemah-lemah iman. Kita tidak boleh memberikan sokongan kepada kemungkaran.

    Bagi yg mengatakan ini takdir ketentuan Tuhan, itu silap kerana Allah izinkan ia berlaku bersebab utk kita faham berdasarkan maklumat yg ada dan bersandarkan nilai agama, kita bertindak sewajarnya. Persoalannya ialah kenapa kita memilih utk beralasankan takdir pada perkara yg batil padahal jika kita jujur kepada kefahaman takdir, kita sepatutnya lebih berani utk bersuara membela kebenaran dan mencegah kemungkaran. Adakah kita khuatir akan periuk nasi kita akan terjejas kalau bersuara kerana bercanggah dgn script majikan kita mahupun kuasa yg ada. Di mana pula letaknya keyakinan kita pada takdir Allah sbg penjamin rezeki dan bukan manusia?

     

    Source: Damanhuri Bin Abas

  • The Ironies Surrounding Singapore’s 2017 Presidential Election

    The Ironies Surrounding Singapore’s 2017 Presidential Election

    To ensure fair play, they changed the rules unfairly.

    To ensure meritocracy, they allowed affirmative action.

    To ensure multiracialism, they stopped other races from running.

    To ensure independence from the PAP, they picked one from the PAP.

    To ensure experience in handling millions of dollars, they chose one who’s never handled millions of dollars.

    To ensure the democratic process, they made sure no one got to vote.

     

    Source: F.C.

  • Dr MAZA: Tahniah Kepada Puan Halimah Yacob Menjadi Presiden Singapura

    Dr MAZA: Tahniah Kepada Puan Halimah Yacob Menjadi Presiden Singapura

    Tahniah Singapura!

    Saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yaakob yang menjadikan Presiden baru Singapura. Bagi sebuah negara sekular seperti Singapura memilih wanita muslimah bertudung menjadi Presiden merupakan sesuatu yang menarik.

    Walaupun ada pihak di Malaysia ini yang mempunyai sisi pandang yang kurang positif terhadap negara jiran kita itu, namun jangan kita lupa sudut positif yang banyak pada negara tersebut.

    Antara yang boleh kita sebut; negara Singapura yang lebih kecil saiz daripada Perlis itu lebih maju dari kita dalam banyak segi. Di sudut urus tadbir yang baik dan bebas rasuah mereka lebih cemerlang di mata indeks dunia. Demikian di sudut keselamatan dan keamanan.

    Perdana Menteri Singapura yang bukan Melayu itu jauh lebih fasih berbahasa Melayu dibandingkan ramai MP bukan Melayu kita. Walaupun ia negara sekular yang dipimpin oleh bukan muslim, mereka ada jawatan Mufti Negara dan pengurusan agama Islam secara rasmi. Pandangan agama mereka juga baik dan sederhana. Sesuai dengan sifat negara mereka.

    Tokoh-tokoh muslim progresif seperti Hamza Yusuf, Tariq Ramadan dan seumpama mereka disambut di peringkat negara. Fatwa mereka juga agak terbuka. Namun memerlukan keterbukaan yang lebih lagi. Pandangan hukum dari aliran literalis salafis dan traditionalis mazhab yang gagal melihat teks dan konteks dielakkan di negara berkenaan. Saya percaya ada perkara yang Umat Islam Singapura hendaklah melihat konteks mereka yang tersendiri yang berbeza dengan jiran-jiran mereka. Politik yang bijak dalam realiti yang ada lebih baik dari memperjuangkan sesuatu yang di luar kecapaian kita.

     

    Source: DrMAZA.com