Tag: Agama

  • Isu Tudung: Masyarakat Melayu Islam dihampakan oleh PM Lee

    1417773_200564180150540_986202652_o

    Usaha PM kita bertemu dgn Ketua2 Badan Melayu Islam harus diberi pujian jika pertemuan itu diiringi dengan elemen2 seperti:

    – benar2 bertujuan mahu mendengar,
    – bersikap jujur dan ikhlas.
    – mahu bersifat terbuka dan telus
    – berani berdepan dgn pengkritk

    Paling penting, selepas mendapatkan feedback dan rayuan dari Ketua masyarakat Melayu Islam, kami mengharapkan PM MENCARI JALAN bagaimana permintaan kita utk menggunakan tudung BOLEH menjadi kenyataan, bukan bagaimana untuk mencari lebih banyak alasan utk menidakkan permohonan kami.

    Jika ada Ketua2 Agama lain yg hadir pada ketika itu, ada lebih bagus sebab ketika itu jugalah PM boleh cari jalan bagaimana hendak memberi laluan pada Muslimah kita berhijab tanpa melanggar “the common space”

    PM harus “come out clean” dan bertemu dgn pengkritik dan pembangkang yang lebih berani menyuarakan pendapat daripada Ketua masyarakat Melayu Islam yg “kurang telur”

    Jika PM mengambil jalan bertemu dan duduk semeja dgn pengkritiknya beliau masih boleh menepis sambil memberi sedikit laluan pada isu ini, Kepastiannya ialah, masyarakat majmuk akan lebih respek PM diatas kejujuran dan keberanian berdepan dgn pengkritiknya. Harus diingat, isu ini bukan sahaja melibatkan isu agama, ia juga melibatkan isu politik Singapura. Justeru, PM tidak boleh menafikan, pendapat dari pengkritik atau pembangkang tidak semestinya tidak berkualiti.

    Malangnya, harapan masyarakat Melayu Islam sekali lagi dihampakan oleh PM yg jelas menunjukkan sikap “my answer is NO”

    Dgn menangkap muat semua Ketua masyarakat Melayu dan memberikan gambaran mereka semua terima dan akur dgn apa yg PM telah hujjahkan, tidak akan mengalihkan keperihatinan masyarakat Melayu Islam yg sudah terlalu lama bersabar dan menunggu.

    Poorfellow Singapore

    Sumber: http://on.fb.me/1efuHsN

  • Isu Hijab… Kita Akan Terus Berusaha

    neelofa-tudung

    (Artikel ini ditulis semasa muncul isu tudung pada tahun 2002)

    (c) Muhammad Haniff Hassan, 2002

    Tengkarah berkaitan Fateha.com sudah reda dan diharapkan akan berlalu.

    Salah satu isu yang dikaitkan dengan Fateha.com ialah isu pemakaian hijab di sekolah-sekolah pemerintah.

    Ini bukan pertama kali isu ini diketengahkan kepada pemerintah dan dibincangkan di kalangan masyarakat Islam Singapura.

    Semasa isu Pendidikan Wajib hangat dibincangkan, persoalan hijab turut dibangkitkan.

    Sebagaimana yang telah berlaku semasa perbincangan mengenai Pendidikan Wajib, isu hijab kali ini masih tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat Islam.

    Ianya terhenti tanpa perkembangan yang signifikan terhadap isu ini.

    Ramai dari kalangan anggota masyarakat Islam pasti kecewa melihatkan bagaimana isu ini berakhir buat kali ini.

    Kita meyakini bahawa setiap masyarakat Islam yang ikhlas terhadap agamanya pasti menerima hijab sebagai satu kewajiban agamanya.

    Oleh itu, berharap agar pelajar-pelajar perempuan Islam dapat menunaikan kewajiban ini di sekolah yang mereka ikuti tanpa prejudis.

    Setiap dari mereka juga bersetuju bahawa usaha untuk menjayakan perkara ini adalah penting dan mahukan usaha ini diteruskan.

    Para peramal masa hadapan telah mengatakan bahawa peningkatan penghayatan Islam di kalangan umatnya merupakan sebahagian dari tren besar di alaf 21 hari ini.

    Maka sebab itulah timbul teori Clash of Civilisation dan Age of Muslim Wars (Newsweek, Special Edition, Dec 2001 – Feb 2002).

    Oleh itu, di Singapura ini isu hijab tidak akan terhenti di sini.

    Bagi kita, ia telah bermula dan akan diteruskan sehingga hasrat kita tercapai, dengan mengambil kira sepenuhnya juga sensitiviti masyarakat bukan Islam dan keperluan nasional.

    Kegagalan hari ini tidak akan menumpulkan kreativiti kita untuk mencari huraian bagi persoalan ini dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

    Kekecewaan hari ini akan kita jadikan baja bagi menyuburkan lagi isu ini.

    Dalam situasi ini mungkin elok kita mengingati kembali salah satu insiden yang berlaku dalam sirah Rasulullah s.a.w.

    Rasulullah s.a.w pernah ke Taif untuk berdakwah dengan pembesar di sana setelah mendapati harapan untuk mendapat sambutan dari kalangan pembesar Mekah sudah malap.

    Usaha bukan hanya tidak diterima tetapi mendapat penolakan yang kasar dan menyedihkan.

    Apakah yang Rasulullah s.a.w lakukan? Beliau menghadap kepada Allah taala dan mengadu akan lemahnya keupayaan dan kekurangan strategi beliau.

    Walau pun beliau sedih dan kecewa tetapi beliau tidak berhenti berusaha.

    Untuk itu, Allah taala mengurniakan alternatif yang lebih baik bagi beliau dari Taif, iaitu Madinah.

    Begitulah kita berhadapan dengan kebantutan dalam isu hijab hari ini.

    1. Kita akan berusaha untuk mengoreksi dan memuhasabah kelemahan diri dari segi cara, perancangan dan usaha yang dilakukan dan mengakui kelemahan diri sebelum menyalahkan orang lain, apabila mereka menolak dakwah kita.

    2. Allah taala adalah tempat kita mengadu.

    Kita meyakini sepenuhnya akan takdirNya.

    Kita optimis akan janjiNya dan hikmah yang ada disebalik apa yang berlaku.

    3. Sesiapa pun yang terus berusaha akan pasti mencapai hasil dari usahanya.

    Sebagaimana seorang yang berjalan di atas jalan yang betul.

    Dia akan pasti tiba ke destinasinya – lambat atau cepat.

    Kita mungkin tidak bersetuju dengan pendekatan Fateha.com atau Zulfikar dalam persoalan ini.

    Tidak salah untuk kita menyatakan sedemikian atau tegur apa yang pada pandangan kita satu kesilapan.

    Namun adakah perlu untuk kita menyisihkan mereka atau menafikan mereka sebagai sebahagian dari masyarakat Islam?

    Rasulullah s.a.w bersabda “Bantulah saudara kamu samada ia zalim atau dizalimi”.

    Apabila ditanya tentang bagaimana membantu saudara kita yang zalim, beliau menjawab dengan mengembalikan ia kepada kebenaran.

    Mereka adalah saudara-saudara kita.

    Semua kita pasti akan melakukan kesilapan.

    Keaiban bukan kerana melakukan kesilapan tetapi kerana tidak mahu mengakui dan membaiki kesilapan diri, jika ada.

    Sebaiknya Zulfikar, Fateha.com dan masyarakat Islam tidak berpatah arang.

    Sebaliknya berganding bahu untuk mengorak strategi-strategi yang lebih baik bagi hasil yang lebih baik juga di masa akan datang.

    Ayuh… kita terus bekerja.

    Muhammad Haniff Hassan

    Sumber: http://bit.ly/Me3tbt

  • Isu Tudung: Teruskan Perjalanan Dengan Niat Murni

    Teman-teman,

    Assalamualaikum.

    Tiga hari sudah sejak pertemuan dengan Perdana Menteri Sabtu lalu. Pelbagai reaksi juga telah diluahkan terhadap hasil pertemuan tersebut, juga terhadap ulasan-ulasan pandangan orang-orang yang menghadirinya. Termasuk saya.

    Terimakasih kepada semua. Kepada yang bersetuju dengan pendirian saya, terimakasih saya ucapkan di atas keyakinan dan kepercayaannya. Kepadayang membantah dan memarahi saya, juga saya ucapkan setulus terimakasih, kerana memberi kesedaran yang berterusan kepada saya bahawa kita adalah insan yang penuh dengan kelemahan. Bahawa keagungan dan kekuasaan hanya milik mutlaq Dia, sementara kita akan senantiasa bernafas dengan kekerdilan dan kekurangan. Di sebalik semua reaksi yang telah dan akan diluahkan, menjadi kewajipan saya untuk melafazkan “Alhamdulillah”.

    Teman,
    apabila dalam setiap rakaat solat kita diwajibkan membaca “ihdinassiratalmustaqim” (tunjukilah kami jalan yang lurus), ia bukan hanya menjadi doa yang dipinta, tetapi juga merupakan didikan yang diatur Allah untuk kita senantiasa mengingatkan diri betapa kehidupan ini adalah satu perjalanan. Siapa sahaja yang bergelar manusia, selagi usia masih diizin Tuhan, selagi itu ia tetap dalam sebuah perjalanan. Namun, nikmat besar yang dirasakan insan yang beriman, ialah perjalanannya ini punya matlamat tujuan yang amat jelas, iaitu Allah.

    Dalam perjalanan utama hidupnya itu menuju Allah, insan beriman juga menyedari bahawa ada perjalanan-perjalanan kecil atau singkat yang perlu dilalui, dengan matlamat-matlamat tertentu yang perlu dicapai. Langkah kita bersama untuk mengusahakan agar permintaan untuk muslimat kita berhijab diberikan keizinan, adalah salah satu perjalanan yang saya sebutkan tadi. Kelihatannya, selesai satu lagi putaran roda, namun kita belum sampai lagi di destinasinya.

    Di sini, saya ingin mangajak teman-teman semua yang amat saya kasihi, tidak kira sama ada yang meminati saya atau yang membenci, untuk kita meneruskan langkah dalam perjalanan suci ini. Ayuh bersama-sama saya, dengan berbekalkan kemurnian niat di hati, dengan keindahan bicara dan budi, dengan kejernihan berfikir, dan pergantungan tawakkal serta doa kepada Yang Maha Tinggi, kita gerakkan putaran roda yang berikutnya. Insan beriman tidak kenal putus asa, bukan? Kekecewaan dan kehampaan tidak wujud dalam kamus perjalanan hidup insan beriman, bukan?

    Ada sebahagian teman meminta saya sarankan strategi selanjutnya. Teman, perjalanan ini adalah perjalanan kita bersama. Bukan perjalanan saya seorang diri. Pastinya pencerahan bersama pemikiran ramai adalah jauh lebih unggul daripada pemikiran saya seorang. Untuk itu, dengan ikhlas saya meminta, runtuhkanlah tembok pemisah yang menjarakkan antara kita. Hanya dengan itu kita akan mampu bergerak ke hadapan, tidak tersungkur ke belakang.

    Oleh yang demikian juga, dengan penuh rasa rendah hati, saya merayu kepada teman-teman yang sepanjang tiga hari ini bersemangat menyusun bicara menyuarakan sokongan terhadap saya, memadailah sekadar ini sumbangan kebaikan kalian untuk saya. Saya hargai curahan kebaikan itu. Allah sahaja yang mampu membalasnya dengan limpahan rahmatNya. Namun, isu yang sebenarnya bukan isu saya. Bukan isu Mufti. Saya rasa bersalah sangat apabila masa dan pemikiran ramai teman-teman saya banyak berkisar pada saya, ulasan saya, pandangan saya. Cukuplah tiga hari ini kita meniup lafaz menyalakan bara untuk berbicara mengenai “Mufti” dan pandangannya. Jadikanlah satu putaran roda yang baru selesai ini kesempatan untuk menDEWASAkan diri, bukan medan untuk menDEWAkan sesiapa.

    Ada juga yang bertanya saya, kenapa saya hanya bercakap tentang adab? Bukankah isu utama ialah pemakaian hijab yang masih dilarang dalam sektor-sektor yang tertentu? Tidakkah sibuk berkata tentang adab hanya mengalihkan perhatian daripada isu sebenar? Terimakasih kepada yang sudi mengajukan pertanyaan itu kepada saya.

    Teman,
    mengusahakan perubahan kepada keadaan yang sedia ada dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah dan ringkas. Kita disuruh berusaha, dan kita dijanjikan balasan yang besar di atas usaha yang dilakukan. Namun insan beriman juga memiliki sepenuh keyakinan bahawa dalam perjalanan menuju Tuhan, keputusan mutlaq sama ada sesuatu usahanya berjaya atau tidak adalah terletak di dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Maka begitulah juga dalam isu hijab ini. PM dan pemerintah telah menyatakan bahawa mereka faham betapa hijab adalah sesuatu yang amat penting bagi masyarakat Islam. Mereka juga samasekali tidak mempertikaikan pendirian masyarakat kita bahawa hijab adalah satu kewajipan yang ditetapkan agama. Namun pemerintah masih sangat berhati-hati dengan berbagai faktor yang mereka pertimbangkan, dan untuk itu belum bersedia memberikan kelonggaran yang kita harapkan. Akhirnya, siapakah yang sebenarnya berkuasa mengubah fikiran mereka yang membuat polisi berkenaan? Siapakah yang sebenarnya berkuasa menghilangkan keraguan dan meredakan kekhuatiran di dada mereka untuk memberikan persetujuan? Dan kalaulah memang kebimbangan mereka itu terbit daripada kerisauan sebahagian masyarakat bukan Islam terhadap tuntutan-tuntutan kita untuk beragama dalam ruang-ruang bersama, siapakah akhirnya yang berkuasa menghapuskan kebimbangan itu dan digantikan dengan rasa selesa mereka untuk memahami dan menghargai kewajipan agama kita?

    Bagi insan beriman, jawapannya jelas sekali. Allah. Maka dengan itu, dalam keadaan seperti ini, insan beriman semakin teguh pegangannya dengan Allah. Tidak sesaat terlepas dari ingatannya bahawa matlamatnya semata-mata adalah Allah. Dengan demikian, perjalannya akan diteruskan dengan berpandukan sinaran nur yang dipancarkan Allah. Insan beriman tidak akan sesekali mengejar impian dengan melakukan perkara yang dibenci Allah, merobek ikatan yang diperintah Allah.

    Teman,
    mungkin bagi sebahagian orang ini perkara kecil, atau bukan isu pokok bila kita berbincang mengenai hijab. Namun bagi saya, ini halangan pertama yang perlu kita atasi bersama. Pagarilah langkah kita dengan naungan keridhaan Allah. Pasti sepanjang jalan malaikat mengiringi kita dengan doa kemuliaan. Kalau ditaqdirkan sampai ke matlamat sempat merasakan kemanisan kejayaan, maka itu adalah kelebihan anugerah pemberian Allah. Tetapi kalau perjalanan diteruskan tanpa sedikitpun kesudian untuk mengumpamakan perintah dan adab yang digariskan Allah, ditakuti malaikat mengiringi kita dengan doa kehancuran. Bila berjaya, hati tidak semakin lembut mensyukuri kemurahan Allah. Bila gagal pula menabur cemuhan seolah-olah tidak wujud Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat, Yang Maha Menentukan, Yang Maha Adil Dalam Memberi Pembalasan.

    Ada sesuatu yang saya pendamkan selama ini. Semoga Allah mengampunkan saya jika meluahkannya hari ini menjadi satu kesalahan dalam pandanganNya. Bahawa saya akan tersungkur malu di hamparan kemuliaan Allah sekiranya kemarin para muslimat kita diizinkan berhijab bukan kerana anugerah Allah, tetapi kerana jengkelnya hati orang-orang berkenaan mendengar desakan kita yang diisi cacian, makian dan penghinaan. Seandainya itu berlaku, maka sesungguhnya saat itu adalah saat kemenangan nafsu serakah kita, bukan kejayaan iman yang murni kepada Sang Pencipta.

    Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram

    Sumber: http://on.fb.me/1mVF1Hn

  • Menutup Aurat bagi Kaum Wanita Yg Beragama Islam

    Aquila-Style-WEB-Fuss-Free-Hijabs

    Dalil-dalil wajibnya menutup aurat bagi kaum wanita. Panduan bagaimana menutup aurat dengan sempurna juga telah disampaikan.

    Bagi muslimah yang beriman kepada Allah dan hari kebangkitan, syabas jika antum taati perintah ini. Bagi yang masih belum, masih part time tutup aurat hanya pada masa-masa tertentu saja dan yang tutup aurat tanpa perhatikan tuntutan syariat…Malaikat Jibril manakah yang telah mendatangi kalian dan menyampaikan wahyu mengizinkan kalian bersikap demikian? Tunduklah kepada perintah dan larangan Allah, ancamannya sangat keras bagi yang ingkar…

    1) “Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].

    2) “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

    3) Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
    [Surah an-Nur, ayat 31]

    4) Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

    5) Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]

    Sophian Mohd Ali

    http://www.facebook.com/sophian.mohdali

    Sumber: http://on.fb.me/1i2KPyp

  • Melayu Paling Miskin di Singapura?

    Dorling Kindersley Limited dari London telah menerbitkan satu buku teks yang menerangkan bahawa orang Melayu adalah yang PALING MISKIN di Singapura.

    Malays poorest in Singapore

    Malays poorest in SG_1

    Malays Poorest in SG_2

    Di tengah hiruk-pikuk gara-gara kenyataan ini, seorang anak melayu bernama ‘Fadhil’ setuju dan menambah bangsa Melayu memang ramai yang beragama Islam. Anda setuju dengan pendapat Fadhil ini?

    http://www.facebook.com/liyana.fadhil
    http://www.facebook.com/liyana.fadhil

    Before i start commenting, i would apologize 1st. My comment might hurt others and might be agreeable with others. Hear it goes…

    Its a known fact that generally Malays are poor. Generally Malays in SG are Muslims. So the fact that Malays are generally poorer is because

    1. They tend to leave it to fate. Always citing its fated that my future will be like this. What’s your effort in making a difference in your life?
    2. They spend on impulse & love showing off thus making them poorer due to never ending debt/riba’. We can see and hear from marriage consultants where weddings are paid on credit. Some even ended up with bad debts and bankruptcy.
    3. Islam is a rich religion and it advocates business but many are laid back and choose to grab a 9 to 5 job. Our Prophet PBUH used to ride on a camel called Buraq and the price of that camel, which is the highest grade today, is almost the same as a Ferrari in Dubai.
    4. Some fail to give their parents money thus not getting enough blessings.

    Im a human and reminding myself too. And if the comments about Malay being poor hits you as being poor materially, spiritually, emotionally, status symbol, socially or even physically, the responsibility for a change is in your hands. When an opportunity to change is present, act.

    Again Im sorry for the hard truth.

    Fadhil not Liyana

    *Foto kontribusi Shila Lada