Tag: Aidilfitri

  • “Jubah Sado” Dah Basi, “Jubah Mermaid” Is In

    “Jubah Sado” Dah Basi, “Jubah Mermaid” Is In

    Jika tahun lalu kita dikejutkan dengan “Jubah Sado” dan juga “kurta lelaki seperti baju kurung wanita”, tahun ini satu lagi pakaian Hari Raya mungkin menarik perhatian anda!

    Nama jubah terbaru ini ialah “Jubah Ala Duyung”! Ia sedang viral di laman media sosial dan dipakai seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alif. Jubah Duyung ini bagaimanapun menerima kritikan hebat para netizen.

    Ramai juga yang memberikan komen lucu, seperti: “Alahai, kain dia lagi lentik daripada kain saya!”

    Namun yang memberikan kata-kata kesat juga tidak kurang hebatnya.

    Menyusuli kejadian itu, laporan mStar Online menyatakan Alif memutuskan untuk bersikap mengalah dan menukar enam lagi jubah yang ditempahnya kepada potongan biasa.

    Ini selepas beliau mengambil kira teguran positif dan nasihat anggota keluarga dan juga orang ramai.

    “Tidak sangka jubah yang dipakai semasa raya itu menjadi viral di media sosial sehingga saya dikecam.

    “Ada enam lagi jubah yang dihantar untuk dijahit tetapi belum siap, jadi saya akan minta pereka untuk menukarnya kepada potongan biasa selepas menerima teguran positif dan mengelak saya terus dikecam,” katanya kepada mStar Online.

    KATA-KATA KESAT DILEMPARKAN KEPADA ANGGOTA KELUARGA JUGA

    Gambar Alif yang menjadi viral tetapi menerima kencaman hebat. (Gambar: Facebook/ Rizal Hakimm)

    Selepas gambar “Jubah Ala Duyung” beliau menjadi viral, Alif menerima kecaman netizen yang keterlaluan sehingga mengaitkan keluarganya.

    “Isu jubah ini adalah masalah saya sendiri, tapi ada yang keterlaluan mengatakan saya kurang didikan agama daripada keluarga. Malah, lebih buruk ada yang menyamakan saya dengan haiwan. Bagaimana perasaan keluarga saya?

    “Kalau nak tegur, buatlah secara baik. Jangan sampai mengaitkan keluarga saya dengan kata-kata yang buruk,” kata anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini, sebagaimana ditukil mStar.

    Alif juga memberitahu bahawa sejak itu ramai melabelkannya dengan pelbagai gelaran termasuk lelaki lembut dan transgender.

    “Saya akur berperwatakan lembut tetapi saya tidak berpakaian wanita. Saya masih bekerja dan berpakaian seperti lelaki.

    “Saya bukanlah manusia yang sempurna, saya masih lagi memperbaiki diri. Anda semua di luar sana, doakan saya yang baik-baik saja,” jelas beliau lagi dalam laporan mStar Online itu.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Insaf Menyambut Aidilfitri Dalam Penjara Selama 15 Tahun

    Insaf Menyambut Aidilfitri Dalam Penjara Selama 15 Tahun

    Selama 15 tahun, suasana Aidilfitri dalam penjara membuka mata dan menyentak perasaan Encik Abdul*. Kerinduan yang membuak-buak kepada keluarga dan semangat persaudaraan yang hilang antara sesama Muslim di sana membulatkan tekad beliau untuk berubah. Setiap kali selepas bersolat dan bertakbir beramai-ramai pada pagi Hari Raya, Encik Abdul, 46 tahun berasa kecewa dengan sikap para banduan Muslim. Encik Abdul, ialah seorang bekas banduan yang dipenjarakan atas kesalahan dadah. Beliau, yang sebelum ini keluar masuk penjara sebanyak enam kali berkata kebanyakan daripada banduan merindui keluarga mereka setiap kali Syawal tiba.

    Kali terakhir beliau ditangkap pada tahun 2010, menurut Encik Abdul, benar-benar menjadi titik tolak perubahan dalam dirinya. Berdepan dengan kemungkinan dijatuhi hukuman gantung pada ketika itu, Encik Abdul mula menyerah diri beliau sepenuhnya kepada Allah SWT. Sejak itu, Encik Abdul mula merenung kembali masa silam beliau dan menyedari bahawa dadah yang dijual sebelum ini bukan setakat menjejas kehidupan beliau sendiri, malah juga merosakkan hidup orang lain. Encik Abdul dibebaskan pada bulan Januari 2015 dan kini sudah bebas dadah selama dua tahun.

    Sejak bebas dadah dan setelah dirujuk kepada Pertubuhan Perusahaan Pemulihan Singapura (SCORE), Encik Abdul mendapat pekerjaan dalam bidang logistik di IKEA dan masih lagi bekerja sehingga sekarang. Memberikan nasihat beliau kepada golongan lebih muda, Encik Abdul menegaskan bahawa dadah bukanlah alternatif untuk menyelesaikan masalah. Malahan ia hanya akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Beliau menambah, minda mestilah sentiasa berfikiran positif. “Kuasa pemikiran amat penting. Orang lain tak boleh ubah diri kita. Bila kita ambil dadah, sel-sel otak banyak yang mati. Keupayaan kita untuk berfikir tak kuat. Namun sebenarnya kita masih boleh berfikiran positif, hari-hari perlu fikir positif.”

    (*Nama individu yang diwawancara BERITAMediacorp digantikan demi melindungi identiti sebenar mereka.)

     

    Source: Berita Mediacorp

  • Halimah Yacob Does Not Confirm Running For Elected Presidency

    Halimah Yacob Does Not Confirm Running For Elected Presidency

    With eight constituencies and many invitations from different organisations to break fast, Madam Halimah Yacob said her days have been packed all the way till Hari Raya, and time with family has been hard to come by.

    The mother of five children, all in their 20s and 30s, said she is thankful her family “accepts” her schedule.

    “I’ve broken fast at home on only a few days, all the rest of the days have been out,” she said.

    She was quick to add that she does enjoy breaking fast outside, particularly with her residents.

    Madam Halimah said that sometimes she does not even have time to have a proper meal between events.

    During such moments, she shared that she slips into nearby mosques “incognito”.

    “The good thing is that every mosque here provides something to eat, so it’s quite interesting to break fast and then perform my maghrib (evening) prayers before I go off to my event,” she said.

    In 2015, on Polling Day, Madam Halimah’s mother died as she was doing her rounds. This year will be the second Hari Raya that she will be celebrating without her, but it never gets easier.

    Said Madam Halimah: “What I miss about mum is her presence. Sitting there, she used to sit on the sofa, just having her there would mean tremendous comfort because she’s been the pillar of strength for me all the while.”

    Hari Raya is not just a time to celebrate family, but to also remember the loved ones lost, as she pointed out.

    With a laugh Madam Halimah said: “I cook lontong for breakfast every Hari Raya morning. So the children have asked me this year if I am going to cook and I told them I will see how.

    “But no lah, I will make it this year, every year I will cook it.”

    Other than lontong, Madam Halimah is looking forward to having time for herself this festive weekend.

    “That’s the wonderful thing about Hari Raya, at least the first two days will be off limits,” she said.

    When asked if she sees herself becoming busier in the future, on account of the upcoming presidential election which she is widely rumoured to be considering, Madam Halimah laughed, reiterating that she had a lot on her plate.

    “I’ve been very busy actually. My time is really packed and, of course, in Parliament as Speaker the last few years have been very packed,” she chuckled.

    “Our Members of Parliament have been pretty active filing motions and so on, so that has kept me pretty busy.”

     

    Source: www.tnp,sg

  • Keunikan Bazar Raya Tampines Kali Ini

    Keunikan Bazar Raya Tampines Kali Ini

    Portal BERITAMediacorp sejak seminggu lalu menjalankan undian atau tinjauan rambang tentang 5 Bazar Hari Raya utama dengan bertanyakan kepada orang ramai, bazar mana yang paling menarik tahun ini.

    Ternyata daripada 4,300 undian sejauh ini, Bazar Raya Tampines sedang mendahului di tempat pertama sebagai yang paling menarik, dengan mendapat sekitar 2,200 undi atau 50% pengundi.

    Maknanya, separuh pengundi memilih Bazar Raya Tampines.

    Menurut AP GRC Tampines Masagos Zulkifli sudah lama GRC itu mengadakan bazar namun ini adalah kali pertama ia diadakan di OTH.

    “Kita ada gerai-gerai kekitaan di mana kita cuba menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujar beliau.

     

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Employers Encourages Their Muslim Domestic Helper To Fast, Even Though They Themselves Are Chinese-Buddhists

    Employers Encourages Their Muslim Domestic Helper To Fast, Even Though They Themselves Are Chinese-Buddhists

    For 17 years, she spent Hari Raya celebrations in Singapore, far from her beloved family in her village in Indonesia.

    While at times she cries, Ms Sriwahyuni has never lamented having to make ends meet in the region.

    Spending Ramadan alone is also one of the challenges faced by 49 year old Ms Sriwahyuni, who would call her elderly mother during Aidilfitri.

    Notwithstanding, with a very understanding employer, her situation is not as terrible.

    Her employer even encourages her to fast during Ramadan, even though they themselves are not Muslims.

    Mr Ho Kai Huat, 55 years old, and Miss Tan Sai Gek, 56 years old, are Buddhists but say they are not averse to allowing her to fast.

    ***

    SELAMA 17 tahun, kebanyakan sambutan Hari Rayanya di sini jauh daripada keluarga tercinta di kampung halaman beliau di Indonesia.

    Walau kadang menitis air mata, Cik Sriwahyuni tidak pernah mengeluh perlu mencari rezeki di rantauan.

    Menyambut Ramadan keseorangan juga antara cabaran yang dihadapi Cik Sriwahyuni, 49 tahun, yang akan menelefon ibunya yang sudah lanjut usia setibanya Aidilfitri.

    Namun, dengan adanya majikan yang amat memahami, keadaan tersebut tidaklah begitu teruk.

    Malah, majikan beliaulah yang menggalakkannya berpuasa meskipun mereka bukan beragama Islam.

    Encik Ho Kai Huat, 55 tahun; dan Cik Tan Sai Gek, 56 tahun, yang beragama Buddha, berkata mereka tidak keberatan mengizinkan Cik Sriwahyuni berpuasa.

     

    Source: www.beritaharian.sg