Tag: Aliff Aziz

  • Kenapa Aliff Aziz Menghilangkan Diri?

    Kenapa Aliff Aziz Menghilangkan Diri?

    aliff aziz_1

    MISTERI kehilangan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, terjawab apabila ibunya sendiri, S Hafiza Basharahil dihubungi BH Online sebentar tadi menerusi laman sosial Facebook.

    Baru-baru ini dikhabarkan Aliff menghilangkan diri di lokasi penggambaran sebuah drama sehingga menjejaskan jadual seninya Malah bertebaran cerita yang Aliff mempunyai masalah kewangan hingga mahu meminjam wang dengan pihak produksi.

    Ikuti jawapan ibu beliau.

    “Aliff memang di Singapura ketika ini. Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur.

    “Makcik harap kiranya dapat diberikan masa dan privasi buat dirinya ketika ini. Tiada apa-apa pun yang nak diuar-uarkan. Insya-Allah nanti kalau dia balik KL and dia okey, makcik akan suruh dia hubungi Zaidi (merujuk kepada penulis),” katanya.

    Mengenai gambar di Instagram miliknya di bawah nama @aliffaziz91 yang dipadamkan kesemuanya, ibunya berkata, mungkin dia tak mahu aktif buat seketika.

    “Apa yang lebih penting dia sihat dan berada dengan kami keluarganya,” katanya, lapor Berita Harian.

    letters R1C

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER

  • Aliff Aziz: Saya Dah Lupakan Anne Ngasri

    Image_2

    Tempat jatuh dikenang, inikan pula kekasih pertama. Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz yang sedikit sebanyak pastinya terkenang bibit-bibit dan memori-memori ketika bercinta dengan Anne Ngasri. Mungkin sebab itulah, Aliff Aziz terlepas cakap dan bercerita mengenai Anne meenerusi sebuah suratkhabar pada hujung minggu lalu. Biasalah tue terkenang cinta lama.

    Namun hari ini, menerusi Harian Metro, Aliff mengakui melakukan kesilapan ketika memberi kenyataan berhubung perkara tersebut. Menurut Aliff, dirinya sudah pun melupakan Anne Ngasri sepenuhnya. Kata Aliff:-

    aya dah lupakan dia (Anne Ngasri) sepenuhnya. Itu cerita lama, dua tahun lalu punya kisah. Apabila orang baca laporan, saya letakkan diri di tempat mereka dan sudah tentu mereka anggap saya masih tak dapat lupakan dia.

    Sedangkan saya tak bermaksud begitu. Mungkin kesilapan saya sebab tak jelaskan betul-betul mengenai perkara itu. Bila orang baca saya cakap macam itu, tentu orang akan cakap saya ini tak habis-habis lagi (teringat Anne) ke?

    Sudahnya saya nampak macam memalukan dan terhegeh-hegeh sedangkan dia sudah melangkah ke depan dengan kehidupan baru. Saya sudah lama lupakan dia dan minta maaf atas salah faham yang tercetus daripada artikel itu.

    Baguslah macam itu. Takkanlah dah 2 tahun pun tak boleh lupakan Anne Ngasri kot? Rasa rugi pulak kalau terkenang-kenang sampai sekarang sedangkan Aliff masih muda dan masih ramai gadis-gadis di luar sana yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati Aliff. Lupakan kisah silam, pandanglah ke hadapan. Semoga hati Aliff Aziz akan terisi dengan bunga-bunga cinta dalam masa terdekat ini.

    Sumber: BeautifulNara

  • Aliff Aziz Sudah Ada Kekasih Baru

    Image_2

    Gambar menarik Aliff Aziz disamping seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih barunya. Meskipun sering dikecewakan contohnya putus dengan Anne Ngasri dan Adira, namun bak kata pepatah… patah tumbuh hilang berganti.

    Walaupun ada yang mendakwa kononnya wanita tersebut pernah berkahwin satu ketika dahulu dan mempunyai seorang anak, namun cinta sebenarnya tidak mengira taraf. Jika benar mereka bercinta, tahniah diucapkan!

    Image_1

    Source: myartis